HALAMAN SANTAI

Rabu, 16 Ogos 2017

‘Penjawat awam patut setia kepada raja dan negara, bukan parti politik’

 
Bekas ketua setiausaha Kementerian Pengangkutan, Ramon Navaratnam berkata, seruan Ahmad Zahid Hamidi kepada pesara kerajaan tidak wajar kerana perkhidmatan awam sepatutnya bebas pengaruh politik.


ramon-zahid


PETALING JAYA: Seorang bekas penjawat awam kanan mengkritik seruan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada pesara kerajaan supaya berterima kasih dan tidak “menggigit tangan yang pernah memberi makan kepada mereka”.

“Penjawat awam sepatutnya setia kepada tuhan, raja dan negara, bukannya mana-mana parti politik,” kata Tan Sri Ramon Navaratnam yang kini mengetuai Institut Strategi dan Kepimpinan Asia.

Bekas ketua setiausaha Kementerian Pengangkutan itu berkata, seruan timbalan perdana menteri kepada pesara kerajaan itu tidak wajar kerana perkhidmatan awam sepatutnya bebas daripada pengaruh politik.

Semalam, Zahid ketika merasmikan Hari Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 di Serdang menyeru pesara dan bakal pesara kerajaan berterima kasih dan sentiasa menyokong kerajaan sebagai balasan kepada bantuan diberikan selama ini.

“Kebersamaan kita pada hari ini dan hari akan datang bagi pastikan berterima kasih kepada organisasi dan kerajaan Malaysia yang selama ini memberikan perlindungan dan terus bagi perlindungan kita selama ini.

“Insya Allah, kita takkan pernah menggigit tangan yang pernah memberi makan pada kita,” kata Zahid kepada lebih 7,000 pesara dan bakal pesara kerajaan, termasuk anggota tentera, semalam.

Navaratnam berkata, kenyataan Zahid mampu menghakis perpaduan dan profesionalisme perkhidmatan awam.

Johan Ariffin Samad
Johan Ariffin Samad

Seorang ahli kumpulan moderat Melayu G25, Datuk Dr Johan Ariffin Samad memberitahu FMT sesetengah pesara kerajaan mungkin menganggap kenyataan Zahid itu cubaan kerajaan membeli kesetiaan mereka menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya, Zahid perlu sedar pesara dan bakal pesara sektor awam sudah muak dengan perbelanjaan berlebihan kerajaan, sedangkan mereka terpaksa berdepan kenaikan kos sara hidup.

“Mereka perlu bergelut mencari wang dalam keadaan ekonomi sukar dan bimbang dengan masa depan.

“Pemotongan peruntukan untuk hospital juga memberi kesan kepada piawaian penjagaan kesihatan ketika mereka paling memerlukannya.”

Ahli PPBM dakwa kerusi sasarkan beliau, bukan Dr M

 
Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin berkata, ia bertujuan menghalangnya bertanya soalan sukar kepada Dr Mahathir.


Disgruntled-PPBM-member-1


SHAH ALAM: Seorang ahli PPBM mendakwa kerusi dan suar yang dilemparkan pada forum Nothing to Hide 2.0 bukannya menyasarkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin yang juga ahli jawatankuasa PPBM Shah Alam berkata, kekecohan yang tercetus Ahad lalu sebenarnya ditujukan kepadanya.

Beliau berkata, ia bertujuan menghalangnya daripada bertanya soalan sukar kepada pengerusi PPBM itu.

“Syed Saddiq kata kerusi dilontar ke arah Dr Mahathir,” katanya merujuk Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Itu tidak betul. Sebenarnya ia ditujukan kepada saya, salah satu objek itu jatuh di depan saya,” katanya di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, petang tadi.

Terdahulu, beliau membuat laporan polis meminta tindakan diambil terhadap penganjur dan pasukan keselamatan forum itu.

Beliau mendakwa mereka membahayakan keselamatan hadirin dengan memberi contoh sebuah kerusi dibaling dari tingkat 2 Dewan Raja Muda Musa.

“Jika kerusi itu terkena kepala seseorang, orang itu mungkin mati.”

Ditanya kenapa serangan itu menyasarkannya, katanya, beberapa bulan lalu beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Dr Mahathir.

Dalam laporan itu, beliau meminta SPRM menyiasat kekayaan keluarga bekas perdana menteri.

“Saya kecewa tidak dapat mengemukakan soalan kepada Dr Mahathir. Saya sepatutnya berbuat demikian selepas Taufik, tetapi seseorang membaling kerusi ke arah saya.”

Beliau merujuk bekas exco Pemuda PPBM, Taufik Abas yang bertanya peristiwa Memali meragut 18 nyawa, termasuk 4 anggota polis dalam pertempuran pasukan keselamatan dengan penduduk kampung yang mempertahankan Ibrahim Mahmud, seorang guru agama tidak disenangi pihak berkuasa ketika itu.

Ketika Dr Mahathir menjawab soalan itu, satu botol air dilontar ke arahnya. Anggota keselamatan segera berkumpul di sekitarnya ketika seseorang membaling sebuah kerusi yang nampaknya menyasarkan lelaki berusia 92 tahun itu.

Kekecohan tercetus dengan lebih banyak dilontarkan, termasuk 2 suar. Satu daripadanya menyasarkan pentas dan satu lagi ke arah tempat duduk pengamal media.

Sementara itu, Wan mendesak Syed Saddiq meletak jawatan kerana gagal memastikan keselamatan ahli akar umbi PPBM.

Syed Saddiq ketika dihubungi FMT berkata, Wan boleh memilih seseorang untuk mencabarnya pada pemilihan parti.

“Saya mengalu-alukannya. Kami sebuah parti demokratik. Tetapi buat masa ini, tumpuan saya hanya untuk memenangi pilihan raya umum ke-14, demi menyelamatkan negara tercinta.”

Beliau turut menasihatkan Wan tidak berbohong mengenai perkara yang berlaku pada forum Nothing to Hide 2.0, Ahad lalu.

“Suar dilemparkan ke arah Dr Mahathir. Begitu juga kerusi dan selipar.

“Dan Dr Mahathir menjawab 8 soalan sensitif, daripada soalan membabitkan (ketua pembangkang dipenjarakan) Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada mereka yang prihatin terhadap hubungannya dengan DAP, juga peristiwa Memali.

“Jadi, kenapa kami mahu menyekat Wan daripada bertanya soalan?” soal Syed Saddiq.

PAS gesa tubuh Suruhanjaya Diraja kaji tragedi Memali

 
 

PERISTIWA Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Dalam serangan polis terhadap orang kampung itu, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Dalam satu forum 'Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang' yang berlangsung di Kota Bharu pada 2014, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata peristiwa Memali merupakan titik hitam dalam kerjaya politiknya.

Sebelum itu, Tun Musa mengejutkan negara dengan pendedahan bahawa Perdana Menteri ketika peristiwa berdarah itu berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada di Kuala Lumpur pada hari kejadian, bukan di China seperti dakwaan sebelum ini.

Di Baling, pada tanggal 24 Mei 2014 yang lalu, PAS telah mengadakan Himpunan Keadilan Untukmu Memali yang dihadiri oleh seluruh kepimpinan PAS ketika itu.

Satu forum khas bertajuk 'Tragedi Memali: Pembetulan fakta sejarah menolak pembohongan kertas putih Kerajaan Malaysia' telah diadakan ketika itu, di mana saksi-saksi kejadian Memali tampil mendakwa bahawa Kertas Putih mengenai peristiwa Memali yang dibentangkan oleh kerajaan di Parlimen adalah penuh dengan pembohongan.

Apakah mereka yang pernah menghadiri himpunan tersebut dan mengikuti kes Memali secara dekat kini bersetuju dengan versi tragedi Memali seperti yang didakwa Dr Mahathir semalam di mana pihak polis bertindak dengan betul bagi mempertahankan diri? Atau kebenaran tidak lagi penting pada sesetengah mereka kerana mereka kini memerlukan Dr Mahathir untuk Pilihan raya Umum ke-14?

PAS kesal tragedi yang sepatutnya boleh dielak dari berlakunya pertumpahan darah itu berakhir dengan tindakan sangat zalim. Sewajarnya, pada pandangan PAS, kerajaan perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa Memali.

Memandangkan timbulnya pelbagai kenyataan yang bercanggah dengan fakta sebenar, PAS menggesa satu siasatan yang telus dan adil dapat dijalankan untuk membongkar tragedi Memali.

Sehubungan itu, PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi menyiasat semula tragedi Memali bagi memberikan keadilan kepada semua pihak dan membersihkan nama-nama mereka yang tidak bersalah.

*Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS 

Kalaulah ramai pemimpin negara macam Nazri...

 
 
Oleh Syed Hassan Syed Ali
  
Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Nazri Aziz yang menurunkan taraf dia yang kononnya pemimpin besar kepada setaraf aktivis kerdil seperti saya hingga sanggup memberi respon terhadap kenyataan yang dibuat aktivis kedil dari PERKASA ini beberapa hari yang lepas.

Hebat sifat rendah diri YB itu.

Terima kasihlah kerana beliau juga mengiktiraf PERKASA sebagai pejuang bangsa apabila melabelkan kami sebagai pertubuhan rasis.

Maka samalah PERKASA dengan MCA, MIC dan Hindraf yang sentiasa berjuang untuk bangsa masing-masing.

Tapi DAP, MCA, Dong Zong, MIC dan Hindraf tidak pula Nazri gelar rasis.

Nazri juga secara tidak langsung mengiktiraf Umno bukan lagi memperjuangkan kepentingan Melayu dan Bumiputera sebab apabila mengata pihak lain rasis, maka pihaknya tidak rasis.
Jika tidak rasis, Umno perjuangkan kaum mana?

Oh.... Umno perjuangkan semua kaum. Nazri mungkin tidak tahu bezakan kerajaan, parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Hak dia walaupun Melayu

Kerajaan, ya, memang perlu perjuangkan semua kaum, tetapi walau apa pun kena akur dengan perlembangaan negara. Parti semestinya berjuang mengikut perlembagaan parti itu.
Semestinya Umno demi agama, bangsa dan tanah air. Tidak tahulah maksud bangsa dalam perlembagaan Umno itu. Tapi rasanya semua orang tahu ianya bermaksud Melayu.

Dengan itu apakah pemimpin-pemimpin DAP, MCA, Dong Zong, MIC dan Hindraf lebih hebat daripada pemimpin Umno dalam perjuangkan kepentingan bangsa masing-masing?


OK-lah dia nak bertutur guna bahasa Inggeris dalam sidang media, hak dialah walau pun sebagai pemimpin Melayu sepatutnya dia perlu mengutamakan bahasa ibunda sendiri yang menjadi bahasa kebangsaan.

Kalau dia bangga dan cintakan bahasa ibundanya iaitu bahasa Melayu, pasti dia bertutur bahasa Melayu dalam apa acara sekali pun di dalam negara.

PERKASA tidak hairan dengan jati diri sesetengah pemimpin Umno. Cara hidup kebaratan lebih gemar ditonjol-tonjolkan. Pastinya masyarakat Melayu terpegun dan kagum sangat-sangat kepada mereka.

Nak bercakap, lebih gemar berbahasa Inggeris.

Maka tidak hairanlah apabila bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak dapat diperkasakan lagi oleh Umno sebab sesetengah pimpinan parti itu sudah tiada jati diri.

Sebab itu kita mudah lihat banyak papan iklan dalam bahasa Inggeris di merata-merata tempat sekarang, termasuk di dinding-dinding bangunan, nama bangunan, nama taman perumahan dan nama kondominium di seluruh negara.

Jemput Namewee ke parlimen

Malah slogan yang dicetuskan oleh pimpinan negara juga kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris. Mereka seperti langsung tak ambil kisah.

Itulah nasib bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sejak kebelakangan ini di bawah kuasa BN naungan pimpinan Umno sekarang.

Sedih sungguh mengenangkan nasib pejuang-pejuang bangsa yang bersusah payah memastikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan disematkan kemas dalam Perlembagan Persekutuan Malaysia.

Jika pimpinan negara makin ramai seperti Nazri, tiadalah lagi kepentingan Melayu dapat dipertahankan dan diperkasakan pada masa depan nampaknya.

Kepada orang Melayu, berusaha dan berdoalah untuk mendapatkan pemimpin-pemimpin baru yang mempunyai jati diri Melayu yang tinggi demi menjamin kepentingan bangsa di masa depan.

Untuk para pembaca semua, Nazri bukan baru serang PERKASA. Sejak awal penubuhan PERKASA lagi beliau sudah mengecam pertubuhan ini sebagai NGO rasis.

Sebab itulah PERKASA tidak hairan sangat kerana Nazri membuktikan sebelum ini beliau bukan rasis, kerana beliau lebih melayan budak Cina biadab menghina Islam dan Melayu serta negara bernama Namewe dengan menjemput si biadab itu ke parlimen.

Dia hadir tanpa mengikut etika berpakaian dalam bangunan parlimen demi hendak mendengar masalah budak itu.

Akhir sekali saya sertakan pautan laman web yang ada mempertikaikan semangat Melayu Nazri untuk semua pembaca mengenali lebih jelas seorang yang dikatakan pemimpin parti yang perjuangkan orang Melayu. [Link 1] [Link 2]

Diharapkan tuan punya bigdogdotcom.wordpress tidak keluarkan artikelnya apabila kenyataan saya ini disiarkan.



SYED HASSAN SYED ALI ialah setiausaha agung PERKASA.

SPRM sahkan menyerbu kediaman Isa Samad



SPRM sahkan menyerbu kediaman Isa Samad
Dzulkifli lima kiri turut melaungkan ikrar bebas rasuah bersama NGO dan PIBG di sini hari ini.


KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM mengesahkan pihaknya telah membuat serbuan kepada kediaman Tan Sri Isa Samad di Selangor malam ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM,  Datuk Dzulkifli Ahmad berkata serbuan tersebut dilakukan terhadap kediaman bekas Pengerusi Felda Global Ventures Bhd itu sebagai satu serbuan biasa sebagai susulan penahanan seseorang itu.

"Semakan dilakukan di kawasan kediaman beliau bagi menjalankan semakan terhadap dokumen yang di simpan dalam rumah beliau.

"Esok kita akan buat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani  Ikrar Bebas Rasuah Badan Bukan Kerajaan dan PIBG Kelantan di Institut Latihan Perindustrian, Pengkalan Chepa.

Ditanya sama ada akan ada tangkapan susulan termasuk turut menahan isteri Isa Samad, beliau enggan mengulas lanjut.

Akhbar hari ini melaporkan,SPRM menahan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Behad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Sementara itu, ketika mengulas mengenai, rayuan berhubung pembatalan reman ke atas EXCO Pulau Pinang Phee Boon Poh bersama pengarah dan pengurus kilang haram, Dzulkifli berkata, Pejabat Peguam Negara sudah bersetuju untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan itu sama ada esok atau lusa.

Piawaian mengenai durian bakal diwujudkan

SINAR ONLINE

Ahmad Shabery Cheek
Shabery Cheek.
 
PUTRAJAYA - Satu piawaian seragam berkenaan durian akan diwujudkan bagi memastikan ketulenan dan kualiti raja buah itu sentiasa berada di tahap terbaik seperti sepatutnya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, piawaian yang akan diwujudkan dengan kerjasama Jabatan Standard Malaysia itu antara lain bertujuan mengelak pembeli daripada tertipu dengan jenis buah dan harga yang diletakkan penjual.

Ketika ini, katanya, penjual dan pembekal 'bebas' menamakan jenis buah dan harga kerana tiada pihak yang berperanan mengesahkan perkara itu, kecuali durian yang di bawah pengurusan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Beliau berkata, pembeli mengadu mereka sering tertipu dengan taktik penjual yang meletakkan label jenis durian yang mendapat permintaan tinggi dan mahal seperti D24 atau Musang King untuk meraih keuntungan.

"Sekarang tiada siapa yang bertindak mengesahkan sama ada ia durian Musang King, D24 atau apa saja. Tujuan  mewujudkan satu standard atau piawaian khusus memastikan setiap durian yang dilabelkan adalah durian yang betul,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari bersama usahawan durian di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, usaha yang turut membabitkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu juga menyasarkan untuk mewujudkan ‘bar code’, antara lain mengandungi maklumat berkenaan jenis dan tempat buah itu diambil.

"Atas sebab itu, kita tidak berhasrat menetapkan harga siling durian setakat ini walaupun terdapat cadangan mengenainya oleh beberapa pihak," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, kementerian itu akan menganjurkan Durian Festival Nanning pada Oktober sebagai antara usaha mengembangkan potensi ekonomi produk tersebut ke China.

Beliau berkata, kebenaran untuk memperkenalkan produk berasaskan durian ke China merupakan langkah berstrategi kementerian ke arah mendapat kebenaran mengeksport buah durian ke negara itu.

Katanya ekoran kawalan ketat kerajaan China berkenaan keselamatan makanan melalui Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin (AQSIQ) yang melarang durian dibawa masuk secara terus, hanya pulpa dan pes durian sahaja dibenarkan dieksport ke China.

Sebanyak 250 produk daripada 50 pengusaha akan dipamerkan pada pameran melibatkan sehingga 20 'booth', satu pameran bersejarah yang akan memacu industri durian negara ke peringkat lebih tinggi, katanya. - Bernama

Lagu nyanyian Datuk Vida 'berhantu'...



DSV
Keratan video nyanyian DSV yang tular.
 
USAHA Datuk Seri Vida (DSV), untuk tampil menyanyi ternyata tidak sia-sia, apabila bakat nyanyiannya berjaya menarik perhatian netizen.

Mana tidaknya lagu nyanyiannya yang berjudul 'I Am Me' ternyata 'mencuit' hati netizen malah kini mula kecoh dikatakan lagunya 'berhantu'.

"Aku tak tau lah sejak dari hari dia keluarkan lagu ini aku dah terhafal, bantu aku," komentar Quraisya Aina Izzatti Alias berhubung lagu nyanyian DSV.

Sementara itu menurut, Eleina Rahim dia 'sudah ketagih dengan lagu itu'.

"Ketagih juga la lagu dia, sayang-sayang, comel pa," tulisnya.

Manakala Nadya Amanda pula mengatakan lagu 'I Am Me' boleh menghilangkan rasa tekanannya.

"Hilang 'stress' aku dengar lagu ni. Gembira, meriah dan bahagia betul Dato vida," katanya.

Dan menurut Ahmad Tarmizi Khairi, apa yang istimewa lagu ini adalah 'ada elemen bunyi kucing'.

"Yang buat bunyi 'meow' itu comel," tulisnya.

Sehingga kini, di platform Facebook, lirik video I Am Me sudah ditonton lebih sejuta pengunjung sejak dimuatnaik beberapa hari ini.

Dalam pada itu, memetik laporan media tempatan bagi pencipta lagu itu, Edry Abdul Halim, 41, usahanya untuk menjadikan I Am Me satu fenomena viral sudah menampakkan hasil.

Katanya,memang tujuan utama untuk lagu itu menjadi viral sebab Datuk Seri seorang yang suka benda-benda yang menarik perhatian.

Sebelum ini, single sulung Vida sudah diperkenalkan menerusi platform digital dan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu.

Manakala, muzik video dijangka boleh ditonton pada awal Ogos depan.

Negara berhadapan dengan ancaman maklumat

SINAR ONLINE

Boleh buka semula siasatan, kata Musa Hasan
Musa Hassan


SEREMBAN - Negara kini berhadapan dengan ancaman maklumat yang tidak betul, yang boleh menggugat keselamatan dan keamanan negara, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata, masyarakat terutama golongan muda, perlu menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum mempercayai dan menyebarkannya.

"Maklumat yang tidak betul jika disebarkan kepada umum  hanya akan mengelirukan orang awam.

"Mereka yang melakukan ini hanyalah bertujuan untuk mencari pengaruh supaya orang membenci sesuatu pihak, yang akhirnya boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas sesi Dialog Isu Semasa #Negara bersama warga Institut Perguruan Kampus Raja Melewar, di sini hari ini.

Beliau berkata, jika ancaman maklumat ini tidak ditangani, dikhuatiri pihak yang terpengaruh, boleh melakukan sesuatu yang huru-hara.

Musa berkata pemimpin dan golongan dewasa perlu memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat yang betul kepada generasi muda. - Bernama

Apakah Kit Siang Sudah Nyanyuk ? – Dr Kamarul





Semalam, Isnin, 14 Ogos 2017, saya menyebut betapa kenyataan Tony Pua yang menghina PAS, kerana kononnya mahu menjalinkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan di negeri di mana ia lemah dan berisiko untuk dihapuskan seperti di Selangor (juga di Kedah dan Kelantan) tetapi mahu menjadi pengacau dan membiarkan BN menang di negeri-negeri lain, semata-mata dengan berpandukan kepada kandungan satu laporan oleh sebuah portal berita yang diketahui sangat tidak menyenangi PAS, iaitu The Malaysian Insight, oleh seorang penulis yang tidak berani mendedahkan identiti dirinya dan yang menulis berdasarkan sumber yang tidak berani mendedahkan identiti dirinya, selain sumber yang diketahui sangat tidak menyenangi PAS, iaitu Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dan penganalisis Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, adalah lambang kebodohan pemimpin DAP.

Kenyataan Lim Kit Siang di Pulau Pinang hari ini, Selasa, 15 Ogos 2017, kononnya Pakatan Harapan, walaupun tanpa bantuan PAS, akan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan memperolehi 113 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, selain akan turut mengalahkan Barisan Nasional di Pulau Pinang (37-3), Selangor (50-6), Perak (39-20), Johor (36-20) dan Negeri Sembilan (19-17) dengan PAS didakwa akan gagal mendapat walau satu kerusi pun di semua lima negeri ini, jika 10% pengundi Melayu dan 5% pengundi bukan Melayu menukar sokongan dari Barisan Nasional ke Pakatan Harapan, menyerlahkan lagi kebodohan pemimpin DAP ini.

Siapalah agaknya yang Lim Kit Siang mampu perbodohkan dengan permainan angka sebegini, tanpa ada penjelasan mengapa dan bagaimana pertukaran sokongan di kalangan 10% pengundi Melayu dan 5% pengundi bukan Melayu boleh berlaku?

Saya sekadar mahu mengingatkan Lim Kit Siang betapa, sewaktu berceramah dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar di Sekinchan pada hari Ahad, 5 Jun 2016, beliau dengan beraninya menyatakan keyakinan beliau:

“Jika Pakatan Harapan tidak boleh memenangi Sungai Besar dalam Pilihan Raya Kecil pada 18 Jun, peluang untuk berlaku satu perubahan kerajaan di Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak nampak bagus”.

Dalam bahasa mudah, kata Lim Kit Siang waktu itu, jika Pakatan Harapan kalah dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar maka Pakatan Harapan akan turut kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Sekarang, bila terbukti Pakatan Harapan kalah dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, maka, mengikut logik yang Lim Kit Siang gunakan, Pakatan Harapan akan turut kalahlah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Mengapa pula tiba-tiba boleh berubah kata Pakatan Harapan akan menang?

https://blog.limkitsiang.com/…/sungai-besar-is-the-third-m…/
https://blog.limkitsiang.com/…/10-and-5-formula-sufficien…/…

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Polis Diminta Segerakan Siasatan Asal Usul Kit Siang

RAMESH Rao (tiga dari kanan) menunjukan kain rentang dan laporan polis mendesak 
Lim Kit Siang supaya mendedahkan tempat kelahiran sebenarnya selepas membuat 
laporan polis di Ibu Pejabat Polis Batu Pahat.

BATU PAHAT: Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP) hari ini meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyegerakan siasatan berhubung isu tempat kelahiran sebenar Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa dilahirkan di Batu Pahat, Johor.


Presiden PMSP, Ramesh Rao, berkata asal-usul kelahiran Kit Siang menimbulkan tanda tanya berikutan beberapa ahli veteran DAP mendakwa Kit Siang dilahirkan di Zhangzhou, daerah Fujian, China pada 1941 sebelum memasuki Malaysia pada 1957.

Katanya, persoalan mula timbul apabila ada maklumat internet yang mendakwa Kit Siang tiba di Malaysia pada tahun 1957 disunting dan bertukar kepada lahir di daerah ini pada 20 Februari 1941 selepas laporan polis dibuat bagi mengetahui asal usulnya dibuat Rabu lalu.

Beliau berkata, PMSP menemui Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, hari ini bagi meminta polis menyegerakan siasatan asal usul Kit Siang yang mendakwa dilahirkan di sini.

“Kami meminta polis dapatkan kepastian dengan segera kerana saya dimaklumkan oleh veteran DAP bahawa ibu bapa Kit Siang tidak pernah menjejakkan kaki di bumi Malaysia, jadi bagaimana beliau dikatakan lahir di negara ini.

“Malah, beliau dalam kempen politiknya sebelum ini pernah membuat pendedahan yang bercanggah kerana ketika di Pulau Pinang, dia kata dia anak Pulau Pinang, ketika kempen di Melaka dia kata dia orang Melaka dan begitu juga di Johor.”

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, di sini, hari ini.

Ramesh berkata, satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya, Rabu lalu, bagi meminta polis menyiasat asal usul dan tempat kelahiran sebenar Kit Siang dan memintanya membuat pengesahan secara bertulis mengenai fakta berkenaan – BH


 
LIHAT VIDEO DI SINI

 

Terbongkar Armada Sendiri Jadi Dalang Kecoh Forum







KANTOI… Setelah berjaya hasut netizen dengan tohmahan konon UMNO sebagai punca kekecohan program Nothing To Hide 2, akhirnya kebenaran insiden ‘panas’ itu mula terbongkar satu persatu.


Terkini, beberapa pengguna Facebook mula mendedahkan bagaimana aksi bersahaja Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memulakan ‘drama’ kekecohan pada hari kejadian tersebut.

Lebih lucu, tindakan mereka itu nyata membongkar wajah ‘keganasan’ sebenar Armada cuba sabotaj forum disertai pengerusi parti tersebut sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, pada Ahad lalu.

Beberapa rakaman video amatur itu sekali gus membuktikan dengan jelas penglibatan ahli Armada selain pengawal keselamatan yang diupah sayap pemuda parti cap bunga raya tersebut sebagai dalang pencetus kekecohan tersebut.

Rakaman menunjukkan seorang lelaki berkaca mata hitam, seorang pengawal dan seorang lagi lelaki yang berbaju hitam berambut panjang membaling kerusi kepada bekas Exco Armada, Mohamad Taufik Abas di depan mereka.

Insiden itu jelas menampakkan lelaki berkenaan melompat sambil membaling kerusi kepada Taufik yang sedang bertanyakan soalan berkaitan tragedi berdarah Memali sebelum Mahathir ‘pusing’ kepada cerita lain tiada kaitan.

Ia sekali gus mengesahkan dakwaan Taufik adalah benar bahawa kerusi tersebut memang sengaja ditujukan kepada dirinya sebelum disusuli kerusi, kasut, selipar, botol dan segala objek melayang berterbangan dalam dewan itu.

Manakala ada netizen berkongsi video yang memaparkan suspek dalang itu berlari ke luar dewan dengan dilindungi beberapa ahli Armada dan kemudian mereka menutup pintu untuk menghalang si pencetus kecoh tersebut dicekup.

Sebelum itu, beberapa netizen mendakwa Armada PPBM di bilik urus setia yang berada di tingkat atas dewan berkenaan yang disaksikan sengaja mencampakkan kerusi dari situ kepada penonton di bahagian aras bawah.

Kini timbul persoalan cepumas, siapakah pula tiga budak remaja yang pihak Armada tangkap selepas kekecohan itu? Adakah ia hanya gimik walhal suspek sebenar adalah anggota team mereka sendiri? – Mynewshub.cc/HAA

LIHAT VIDEO DI SINI

PAS Kedah Nafi Akan Sertai Pakatan Harapan






ALOR SETAR – PAS Kedah konsisten dengan pendirian untuk bertanding 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 kerusi Parlimen pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Pesuruhjaya PAS Kedah Dr A Sheikh Fakhrurazi menafikan dakwaan kononnya parti itu akan bekerjasama dengan blok pembangkang lain atau pun UMNO dalam menghadapi PRU14.

Sehingga ke saat ini, PAS Kedah bersedia untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen namun ia terpulang kepada kata putus PAS Pusat,” katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Beliau menyifatkan dakwaan kononya PAS Kedah akan bekerjasama dengan mana-mana parti melalui blok Pakatan Harapan (PH) mahupun UMNO sebagai satu jenaka.

“Ia sebagai usaha untuk mengelirukan ahli-ahli PAS serta menghakis kepercayaan ahli kepada kepimpinan parti, ” katanya.

Ahmad Fakhrudin berkata keputusan parti itu untuk tidak mempunyai hubungan politik dengan mana-mana parti dalam BN mahupun PH adalah selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS.

Katanya sebagai contoh tidak mungkin PAS akan bekerjasama dengan PH yang ini sedang dibelenggu dengan pelbagai masalah..

Bulan lepas PAS Kedah mengumumkan untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen negeri ini selepas pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur selain tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf siyasi sewaktu bersama PAS.

Pada PRU13, PAS Kedah bertanding 24 kerusi DUN sementara DAP bertanding dua kerusi DUN dan PKR 10. PAS menang sembilan kerusi dalam PRU13, bagaimanapun parti itu hilang satu kerusi setelah wakil rakyat Pengkalan Kundur, Datuk Phahrolrazi Zawawi menyertai Amanah.– BERNAMA

PAS Tiga Negeri Mahu Kerjasama Dengan Pakatan Harapan -The Malaysia Insight

Persekutuan masih tak salur RM8 juta peruntukan denggi

OLEH NORHAYATI UMOR

DENGGI-GRAFIK


SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan digesa untuk tidak menunding jari kepada Kerajaan Negeri dalam isu menangani wabak denggi, sebaliknya segera menyalurkan peruntukan kepada Selangor.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, sehingga kini, peruntukan sebanyak RM8 juta yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan masih tidak disalurkan.

Malah, beliau mendakwa peruntukan sebanyak RM8 juta bagi tahun ini juga dipotong berbanding tahun sebelumnya.

“Walaupun kes denggi di negeri ini direkodkan tertinggi namun pelbagai usaha dilaksanakan bagi membendung wabak itu.

“Denggi antara isu yang subjektif. Kerajaan Persekutuan tidak harus menyalahkan Selangor, sedangkan peruntukkan mereka berikan hanya RM8 juta sahaja berbanding tahun sebelumnya.

“Malah, sehingga sekarang peruntukan itu masih belum disalurkan kepada kami,” katanya kepada SelangorKini.

Dr Daroyah berkata, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga menyalurkan hanya sebanyak RM15,500 sahaja untuk membanteras isu ini.

“Perkara ini sangat mengecewakan. Mereka menunding jari kepada Kerajaan Negeri tetapi tidak mahu membantu,” katanya.

Beliau berkata disebabkan kekangan peruntukan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) menghadapi masalah kehabisan bahan kimia untuk kawalan denggi.

“Oleh itu, kita membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meminjamkan bahan kimia kepada PKD supaya kerja mereka dapat diteruskan,” katanya.

Menerusi Belanjawan 2017, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM5 juta berbanding hanya RM1.5 juta bagi tahun 2016.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kawalan dan pencegahan wabak denggi dan zika di Selangor.
=EZY=

Tiada perbalahan antara Hishammuddin dan saya - Anifah

ASTRO AWANI

Tiada perbalahan antara Hishammuddin dan saya - Anifah
Pada Selasa, sebuah portal berita tempatan mendakwa bahawa "perbalahan" telah tercetus antara Anifah (kiri) dan Hishammuddin berhubung lawatan Emir Qatar ke Malaysia. - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada Selasa berkata tiada perbalahan antara beliau dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, terutama mengenai lawatan negara yang bakal dilakukan oleh Emir Qatar, seperti didakwa oleh sebuah portal berita tempatan semalam.

Anifah berkata beliau dan Hishammuddin, yang juga Menteri Tugas-tugas Khas, telah sekian lama bekerjasama dengan sangat baik dan rapat antara satu sama lain dalam banyak perkara.

"Kerajaan Malaysia mengalu-alukan lawatan negara oleh Emir Qatar, dan Kementerian Luar bersama agensi-agensi kerajaan yang lain kini membuat persiapan yang perlu bagi lawatan tersebut," kata beliau dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Awal Selasa, sebuah portal berita tempatan mendakwa bahawa "perbalahan" telah tercetus berhubung lawatan Emir Qatar ke Malaysia.

Mengenai isu lebih besar melibatkan krisis hubungan yang berterusan antara negara-negara Arab yang lain dan Qatar, Anifah berkata pendirian kerajaan Malaysia telah dinyatakan dengan sangat jelas melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 12 Julai tahun ini.

Dalam kenyataan itu, Najib menyeru semua pihak segera mengambil langkah bagi mematuhi semua perjanjian yang dicapai oleh negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) terutama Perjanjian Riyadh 2014.

Beliau berkata Malaysia percaya perjanjian itu merupakan asas penerimaan bagi penyelesaan terhadap krisis sekarang, menggesa semua pihak untuk turut serta secara aktif dalam usaha rundingan atas inisiatif Kuwait untuk mencari penyelesaian terhadap krisis GCC yang berterusan.

"Malaysia menyokong kuat usaha Emir Kuwait untuk menjadi perantara dalam menghadapi ketegangan yang semakin memuncak dan kita bersedia untuk membantu jika sumbangan kita diperlukan.

"Kita selalu memperjuangkan prinsip tidak campurtangan dalam hal ehwal dalaman negara lain yang berdaulat dan menggesa semua negara untuk turut berbuat demikian," kata Najib.

Arab Saudi, Mesir, Yaman, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada 5 Jun, dengan menuduh negara Teluk itu menyokong pertubuhan pengganas.

Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengulas mengenai isu itu terdahulu pada Selasa menafikan laporan tersebut dan menyifatkannya sebagai "karut".

Beliau berkata perbalahan itu ialah antara Qatar dan Arab Saudi, dan tidak ada kena-mengena dengan beliau dan Anifah, sambil menegaskan bahawa "Qatar punya krisis tidak akan menjejaskan hubungan saya dengan Anifah".

"Adakah anda benar-benar berfikir bahawa saya boleh menyekat Emir Qatar jika beliau hendak datang? Ini semua merupakan "fake news" kerana bagi saya, jika Emir Qatar nak datang ke Malaysia, ini satu penghormatan bagi kita. Buat apa kita nak sekat pula.

"Tiada apa-apa yang baharu (kata beliau kepada wartawan). Menjelang PRU14 ni, akan ada lebih banyak (berita palsu) tetapi mereka perlu lebih kreatif untuk cuba melaga-lagakan kita," kata beliau pada sidang media di bangunan parlimen semalam. -- BERNAMA

'Harta Isa Samad belum disita' - Azam Baki

Muhafandi Muhamad, Astro Awani
'Harta Isa Samad belum disita' - Azam Baki
- Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk prosiding reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan beberapa kes. - FotoBERNAMA
 
 
KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum lagi menyita sebarang aset milik bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad susulan serbuan di kediamannya malam tadi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Azam Baki berkata, SPRM masih menunggu hasil siasatan dan keterangan sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

“Itu pun belum ditentukan bergantung kepada keterangan dan keputusan selepas perbincangan di buat saya perlu laporan lanjut dari pegawai penyiasat dan kita akan tentukan aset nak dibekukan atau
bagaimana,” kata Mohd Azam.

Beliau ditemui selepas majlis ikrar bebas rasuah Menteri Besar Kelantan dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di sini hari ini.
–– ADVERTISEMENT ––
Namun demikian, Mohd Azam tidak dapat memberi jaminan sama ada terdapat tangkapan lagi selepas ini.

Siasatan melibatkan isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corp Sdn Bhd (FIC) dimulai sejak dua bulan dengan hampir 40 keterangan sudah diambil setakat ini.

Mohd Isa dikenakan perintah tahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel oleh FIC.

BACA: SPRM periksa rumah Isa Samad di Selangor

BACA: Isa Samad direman lima hari dalam isu pembelian hotel oleh FIC


BACA: Isa Samad dibawa ke mahkamah untuk reman

Perintah reman dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Datuk Zainal Abidin Kamaruddin.

Mohd Isa ditahan ketika hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 2.40 petang
bagi membantu pembelian dua hotel oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015.

Mohd Azam juga tidak mendedahkan nama dan kaitan ahli keluarga Mohd Isa dalam siasatan yang sedang dijalankan.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai rayuan berhubung pembatalan reman ke atas Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh bersama pengarah dan pengurus kilang haram, Mohd Azam menjelaskan SPRM kekurangan bukti berikutan pelepasan ketiga-tiga individu terlibat.

“Saya jangka tiada tangkapan lagi kerana kita dah tangkap tiga orang namun setakat ini kami kekurangan bukti yang jelas akibat pelepasan mereka namun MACC akan menjalankan siasatan untuk melengkapkan siasatan dan kita akan appeal (rayu) bergantung kepada DPP,” katanya.

Katanya, Pejabat Peguam Negara bersetuju untuk menfaikan rayuan terhadap keputusan sama ada esok atau lusa. 
 
 

PAS Kedah konsisten tanding di semua kawasan tanpa Pakatan Harapan

ASTRO AWANI

PAS Kedah konsisten tanding di semua kawasan tanpa Pakatan Harapan
Bulan lepas PAS Kedah mengumumkan untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen negeri ini selepas pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur selain tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf siyasi sewaktu bersama PAS.
 
 
ALOR SETAR: PAS Kedah konsisten dengan pendirian untuk bertanding 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 kerusi Parlimen pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi menafikan dakwaan kononnya parti itu akan bekerjasama dengan blok pembangkang lain atau pun UMNO dalam menghadapi PRU14.

"Sehingga ke saat ini, PAS Kedah bersedia untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen namun ia terpulang kepada kata putus PAS Pusat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menyifatkan dakwaan kononya PAS Kedah akan bekerjasama dengan mana-mana parti melalui blok Pakatan Harapan (PH) mahupun UMNO sebagai satu jenaka.

"Ia sebagai usaha untuk mengelirukan ahli-ahli PAS serta menghakis kepercayaan ahli kepada kepimpinan parti," katanya.

Ahmad Fakhrudin berkata keputusan parti itu untuk tidak mempunyai hubungan politik dengan mana-mana parti dalam BN mahupun PH adalah selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS.

Katanya sebagai contoh tidak mungkin PAS akan bekerjasama dengan PH yang ini sedang dibelenggu dengan pelbagai masalah..

Bulan lepas PAS Kedah mengumumkan untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen negeri ini selepas pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur selain tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf siyasi sewaktu bersama PAS.

Pada PRU13, PAS Kedah bertanding 24 kerusi DUN sementara DAP bertanding dua kerusi DUN dan PKR 10PAS menang sembilan kerusi dalam PRU13, bagaimanapun parti itu hilang satu kerusi setelah wakil rakyat Pengkalan Kundur, Datuk Phahrolrazi Zawawi menyertai Amanah. BERNAMA

Isa Samad direman lima hari bantu siasatan FIC beli hotel

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kensington, London dan Kuching, Sarawak.
 
Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Datuk Zainal Abidin Kamarudin membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan beliau bermula hari ini sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.
 
Beliau hadir di mahkamah pukul 9.05 minit pagi diiringi oleh sekumpulan pegawai SPRM dan disambut oleh ahli keluarga terdekat dan penyokong-penyokongnya yang hadir sejak pukul 8 pagi tadi.
 
Isa ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 2.40 petang semalam untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian hotel di London oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015.
 
 

Lantikan politik PKR di Kelantan kekal - Abdul Aziz

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Selepas berteka teki hampir tiga bulan, Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir mengesahkan bahawa semua lantikan politik parti itu di negeri berkenaan mengekalkan jawatan masing-masing. 
 
Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu turut dipersetujui oleh biro politik pusat parti yang bermesyuarat malam tadi. 
 
“Saya dan wakil Majlis Pimpinan Negeri Kelantan (MPN) termasuk Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita telah hadir dalam Mesyuarat Biro Politik Pusat pada 15 Ogos.
 
“Biro Politik telah dimaklumkan dan diberikan penjelasan mengenai senario politik semasa di negeri Kelantan,” kata Abdul Aziz.
 
Berdasarkan penjelasan yang diberikan, Abdul Aziz berkata biro politik pusat PKR yang diketuai oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian membuat keputusan mengenai kedua-dua perkara tersebut.
 
"Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Presiden PKR dan Biro Politik Pusat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk terus memimpin MPN Negeri Kelantan.
 
“Saya bersama MPN Negeri Kelantan akan terus komited untuk memperkukuh kedudukan Keadilan (PKR) di negeri Kelantan khususnya dalam menghadapi PRU-14,” katanya.
 
Pada 16 Mei lalu, biro politik PKR yang membuat keputusan supaya semua lantikan politik partinya dalam kerajaan negeri pimpinan PAS itu dilepaskan berkuatkuasa serta-merta, susulan keputusan PAS memutuskan tahaluf siyasi antara mereka.
 
Pada 9 Jun lalu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dilaporkan berkata, kelonggaran telah diberikan dan PKR menjangkakan kesemua lantikan politik berkenaan berbuat demikian menjelang akhir Julai.
 
Bagaimanapun, PAS dalam reaksinya 2 Ogos lalu menyatakan masih belum menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada wakil PKR. 
 
Abdul Aziz dalam reaksinya sehari kemudian berkata,  proses peletakan jawatan kesemua wakil PKR dalam kerajaan negeri Kelantan masih belum selesai ekoran 'sebab-sebab' tertentu.
 
Wan Azizah kemudiannya menjelaskan bahawa wakil partinya belum melepaskan jawatan kerana menunggu tunggakan bayaran yang sepatutnya dijelaskan kerajaan negeri Kelantan.
 
Walau bagaimanapun, PAS menafikan dakwaan tersebut. 


Selasa, 15 Ogos 2017

NGO Felda: Jangan jadikan penahanan Isa ‘wayang’ PRU

 
Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan berkata trend sebelum ini menunjukkan kes seperti itu dilupakan selepas pilihan raya.


generasi-felda


PETALING JAYA: Badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu warga Felda menggesa kerajaan tidak menjadikan penahanan bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai wayang politik untuk mengaburi mata rakyat menjelang pilihan raya.

Apatah lagi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan menyiasat Isa, yang ditahan untuk siasatan kes pembelian 2 buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC), merupakan berita gembira buat warga Felda, kata Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) Roslan Md Isa.

Berdasarkan maklumat siasatan awal SPRM, FIC dipercayai membeli sebuah hotel 4 bintang di London pada harga £60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014, dan sebuah lagi hotel di Kuching, pada harga lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

“Kita tidak mahu ada tangan-tangan ghaib yang mengawal daripada belakang. Sebab trendnya memang sebelum ini dekat pilihan raya memang ada tangkapan dibuat tetapi selepas pilihan raya kes itu dilupakan sahaja,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, NGO kesedaran anti-rasuah, Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) menyifatkan penahanan Isa sebagai luar biasa.

Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel berharap siasatan ke atas Isa akan membawa kepada penahanan individu lain yang berkait rapat dengan pembelian itu.

“Kami mengesyorkan penubuhan sebuah tribunal khas yang terdiri daripada individu bebas untuk membedah isu berbangkit dan menyeru keseluruhan sistem tadbir urus Felda dirombak,” katanya kepada FMT.

Isa ditahan ketika hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 2.40 petang untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian 2 hotel oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015 itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata penahanan itu merupakan tindakan susulan hasil daripada keterangan yang dirakam oleh pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel tersebut sebelum ini.

Ditubuhkan pada 2013, FIC adalah cabang pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan tumpuan kepada sektor hartanah, keraian dan minyak dan gas.

FIC dilaporkan membeli sebuah hotel 4 bintang di Kensington, London pada £60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.

Isa selaku pengerusi Felda ketika itu dilaporkan berkata pembelian pembelian Grand Plaza Kensington itu sebahagian daripada “langkah strategik” FIC untuk mempelbagaikan aset dan memastikan ia dapat “memaksimumkan pulangan pelaburan” syarikat.

Selain pembelian hotel di London, kertas siasatan turut dibuka terhadap pembelian sebuah hotel di Kuching, susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London.

Sementara itu, Roslan berkata penahanan Isa menunjukkan ada kebenaran dalam pendedahan yang dibuat sebelum ini.

“Apa yang kita dedahkan beberapa tahun lalu walaupun dinafikan sehingga kadang-kadang orang nampak kita macam ada kepentingan telah dibuktikan.

“Ini berita gembira kepada peneroka. Kita bukan gembira dia ditahan kerana kita faham dia berkeluarga tetapi kita kena bagi hak kepada peneroka,” katanya.

Anak mangsa Memali kecam Dr M

Zuhdi Mat Piah menuduh bekas perdana menteri itu tidak mengaku bersalah atau memohon maaf atas kejadian yang menyaksikan 14 penduduk kampung di Kedah mati ditembak polis.

zuhdi-2


PETALING JAYA: Anak kepada salah seorang mangsa dalam peristiwa Memali 1985 menuduh tangan Tun Dr Mahathir Mohamad “berlumuran” darah 14 orang yang ditembak mati oleh polis dalam kejadian itu.

Mohamad Zuhdi Mat Piah mendakwa walaupun mereka tiada rekod jenayah, mereka diserang pihak berkuasa di sebuah kampung di Kedah.

Ini kerana kerajaan Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003, bimbang kuasa dan pengaruh terhakis kerana pemimpin mereka – penceramah Ibrahim Mahmud, yang juga dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Beliau berkata meskipun dakwaan mengatakan penduduk kampung penjenayah dan komunis, risikan komando mendapati dakwaan tidak betul.

Beliau mendakwa mereka juga mendapati rumah Ibrahim dijadikan tempat pengajian agama.

Dalam catatan Facebook hari ini, Zuhdi, yang berusia 1 tahun ketika itu, berkata bapanya Mat Piah Yunus ditembak 14 peluru raifal M14.

Walaupun terselamat, Mat Piah diikat rantai besi di hospital yang sedang merawatnya selama beberapa bulan sebelum ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 2 tahun, kata Zuhdi.

“Dalam keadaan mak yang tidak sihat dan saya masih kecil, ayah diperlakukan tanpa perikemanusiaan,” katanya.

“Begitu juga kanak-kanak dan wanita diseksa, selain 14 nyawa terkorban, ramai mangsa yang cedera parah, ada yang cacat kekal sampai hari ini.

“Setelah 32 tahun berlalu, Tun M tidak pernah mengaku salah apatah lagi ingin memohon maaf,” tambahnya.

Zuhdi berkata demikian selepas Dr Mahathir di forum “Nothing to Hide 2.0” anjuran Pemuda PPBM pada Ahad ditanya seorang hadirin mengapa orang kampung dibunuh dalam peristiwa itu.

“Mengapa, Tun? Mereka rakyat Malaysia. Mereka orang Melayu, orang kampung. Mereka bukan Yahudi atau Zionis,” kata hadirin itu.

Dr Mahathir menjawab 4 anggota polis juga terbunuh, dan pihak berkuasa melaksanakan tugas dalam kepungan itu mengikut tatacara operasi standard.

Forum itu kemudian diganggu lemparan suar, kerusi dan objek lain dari kalangan hadirin.

Konfrontasi November 1985 itu, di mana polis mengepung 400 pengikut dan Ibrahim, seorang pemimpin PAS tempatan yang kalah bertanding dalam 2 pilihan raya.

Zuhdi mendakwa pemimpin Umno Kedah berasa terancam dengan Ibrahim sehinggakan mereka menuduh beliau menyebarkan ajaran sesat.

Beliau berkata 4 anggota polis terbunuh, tetapi penduduk kampung tidak mempunyai senjata api.

“Dari mana datangnya peluru kalau bukan dari sesama mereka?

“Orang kampung tiada M16, mereka hanya ada parang untuk urusan kerja kampung seharian.”

Zuhdi turut berkata pemimpin pembangkang Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar tiada maruah kerana bersekutu dengan Dr Mahathir.

Sabu dan Salahuddin kini presiden dan timbalan presiden Amanah, salah satu parti komponen Pakatan Harapan yang dipengerusikan Dr Mahathir, sementara Mahfuz ialah wakil rakyat PAS untuk Parlimen Pokok Sena.

Zahid: Pesara patut terima kasih, bukan gigit tangan yang beri mereka makan

Muhammad Azizul Osman
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membantu penerima bantuan, Mohd Yunus Jaafar (tengah) sambil diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (dua kiri) pada Majlis Perasmian Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 di MAEPS, Serdang. foto FAREEZ FADZIL
 

SERDANG – Semua pesara di negara ini digesa agar terus berterima kasih kepada kerajaan yang telah memberikan segala kemudahan dan faktor kewangan setelah tidak lagi menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pesara mahupun bakal pesara tidak seharusnya mengkhianati kerajaan yang banyak merubah kehidupan mereka sepanjang mereka berkhidmat dalam sektor awam.

“Kebersamaan kita pada hari ini dan hari akan datang bagi pastikan berterima kasih kepada organisasi dan kerajaan Malaysia yang selama ini memberikan perlindungan dan terus bagi perlindungan kita selama ini.

“Insyaallah, kita tak kan pernah menggigit tangan yang pernah memberi makan pada kita,” katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini.

Lebih 7,500 pesara dan bakal pesara hadir antaranya pesara kerajaan, veteran ATM serta bakal pesara yang berkhidmat dalam sektor awam.

Dalam pada itu, Zahid turut berkata, golongan pesara diminta untuk terus memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara malah teguh berada di belakang kerajaan dalam apa juga keadaan.

“Ketidakpuasan hati sering menyelubungi rasa kebencian kemarahan yang tentu tidak ada noktah.

“Maka realiti ini harus kita dakapi untuk menentukan bahawa kita harus bersyukur pada Allah dengan cara berterima kasih kepada yang memberi kehidupan kepada kita selama ini iaitu kerajaan Malaysia,” katanya lagi. -MalaysiaGazette.


Tun M dakwa rusuhan lebih besar jika BN kalah

Wartawan MalaysiaGazette
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Mahathir Mohamad bercakap pada Program "Nothing To Hide 2.0" di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam. foto HAZROL ZAINAL, 
 

KUALA LUMPUR – Belum pun tahu siapa dalang disebalik insiden Nothing To Hide 2.0, Tun Mahahthir Mohamad awal-awal lagi membayangkan ia angkara Perdana Menteri.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan berlaku rusuhan lebih besar sekiranya BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak kalah dalam pilihan raya kelak.

“Saya khuatir cara ini (rusuhan) lebih besar diadakan kalau Najib kalah dan membolehkan isytihar darurat diciptakan rusuhan, huru hara boleh darurat diisytiharkan dan parlimen akan ditangguh

“Undang-undang akan diketepikan. Ini satu petanda cara ganas akan digunakan tapi saya tidaklah,” ujarnya dalam sidang video di media sosial Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) petang ini.

Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan itu berkata demikian mengulas insiden yang berlaku pada forum Nothing To Hide 2.0 yang dihadirinya baru-baru ini.

Menurut Mahathir, semasa kejadian, beliau masih mahu menjawab soalan berkenaan isu Memali seperti yang ditanya oleh mereka yang hadir.

“Saya tak fikir jadi buruk saya masih ingin beri jawapan..saya kata separuh SOP polis kalau datang dengan parang untuk bunuh makna mereka sanggup terima balasan polis yang mahu pertahan diri mereka,” ujarnya.

Mengulas insiden yang sama, beliau tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada penyokong Najib walaupun tidak semestinya ahli-ahli UMNO.

Beliau juga menegaskan, insiden sedemikian tidak sedikit pun menghalangnya daripada terus berceramah atas pentas politik menentang BN.- MalaysiaGazette


Nelayan bot nelayan kena pasang GPS

Nizam Zain
Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi


KUALA LUMPUR – Pengusaha bot nelayan kelas A dan B khususnya di Sekinchan disaran memasang peralatan Sistem Pengesan Kedudukan Global (GPS) bagi tujuan keselamatan ketika di laut.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, insiatif perlu diambil bagi mengelakkan insiden rampasan atau tembakan ke atas bot nelayan oleh pihak berkuasa negara jiran berulang.

“Saya mohon para nelayan terutama bot-bot yang tidak diwartakan atau diwajibkan GPS ini agar dapat mengambil inisiatif supaya mengadakan GPS ini

“Ini kerana kalau berlaku pertikaian sebagai contoh kes-kes para nelayan Sekinchan itu, kita ada bukti menunjukkan bahawa bot kita berada di kawasan perairan negara,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette hari ini.

Pada 18 Julai lalu, sebuah bot nelayan ditembak dan dua bot nelayan dirampas penguat kuasa laut Indonesia di perairan negara.

Ketika kejadian, nelayan menaiki bot bernombor SLFA 5099 ternampak sebuah kapal penguat kuasa Indonesia memasuki perairan negara lalu mengejar mereka.

Bot nelayan dari Sekinchan itu diminta kapal SLFA 5099 untuk berhenti namun mereka enggan kerana percaya masih menangkap ikan di perairan Malaysia.

Pihak Indonesia telah melepaskan beberapa das tembakan ke atas bot SLFA 5099 dan mengenai bot nelayan berkenaan.

Nelayan Sekinchan terbabit bagaimanapun berjaya melepaskan diri, tetapi bot penguat kuasa itu bagaimanapun menemui dua nelayan lain menaiki bot SLFA 4641 dan SLFA 4948.

Pada masa ini, kesemua 4,018 nelayan pukat tunda Zon B dan C di seluruh negara diwajibkan memasang sistem pemantauan berasaskan Sistem Pengesanan Automatik (AIS) pada bot masing-masing sebelum 1 Jun 2016.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan berkata, ia sebagai langkah memastikan keselamatan nelayan terbabit dalam pelbagai aspek termasuk mencegah dari menceroboh kawasan perairan negara jiran. – MalaysiaGazette

BR1M dibayar mulai esok sempena Hari Raya Aidil Adha

 


KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju agar pembayaran peringkat ketiga yang juga pembayaran terakhir BR1M 2017 dibuat mulai esok sempena kedatangan Hari Raya Aidil Adha tidak lama lagi.

Bagi mereka yang lulus pada peringkat rayuan pula, pembayaran dijangka akan dibuat pada 29 Ogos 2017, kata satu kenyataan Kementerian Kewangan petang ini.

“Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha kelak,” kata kenyataan yang sama.

Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing- masing.

Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran. 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada: br1m@treasury.gov.my.- MalaysiaGazette



PH kena anjurkan lagi forum Nothing to Hide, kata Zaid

MALAYSIA DATELINE

Zaid Ibrahim Nothing to Hide


Datuk Zaid Ibrahim menggesa Pakatan Harapan menganjurkan lebih banyak forum seperti “Nothing to Hide” sebagai memberikan mesej kepada “penyangak” bahawa pembangkang tidak gentar dengan huru hara yang dicetuskan mereka.

Bekas menteri itu berkata, menganjurkan lebih banyak forum adalah cara terbaik mengalahkan “penyangak yang menyembunyikan segalanya-galanya”.

“Kita tidak perlu rasa takut. Mereka harus contohi Tun Dr Mahathir Mohamad dan tidak takut menjawab pelbagai soalan sukar,” tulis bekas menteri itu dalam blognya.

Menurutnya, pemimpin PH harus sertai perhimpunan “Nothing to Hide”.

“Mereka harus contohi Tun Dr Mahathir Mohamad dan tidak takut menjawab pelbagai soalan sukar.
“Rakyat Malaysia akan gembira jika mereka adakan gaya kepimpinan alternatif," katanya.

Zaid turut menceritakan pengalamannya di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam ketika serangan dilakukan ke atas pentas.

“Apabila suar dibaling dari belakang dewan dan botol terbang menuju Mahathir, saya fikir orang akan mencederakannya (Dr Mahathir).

“Terlintas di fikiran saya mereka mungkin membakar dewan itu. Saya bergegas ke pintu sisi tetapi dikunci dari luar. Seseorang menyepak pintu itu seperti nak gila tapi masih tidak dapat dibuka,” katanya.

Zaid turut melahirkan rasa pelik dengan respons awal polis.

“Reaksi awal polis adalah mengatakan mereka perlu bercakap dengan penganjur atas apa yang disebut oleh pegawai sebagai ‘pelanggaran keselamatan’. Ini benar-benar memeranjatkan.

“Apa pun dilakukan atau tidak dilakukan oleh penganjur, perkara pertama polis patut lakukan ialah mengejar penyangak tersebut.

“Itulah yang patut mereka katakan. Tetapi kita hidup dalam budaya penyangak,” tambahnya.

Ritorik politik Malaysia hancurkan moral belia, kata MPT Bersatu

 MALAYSIA DATELINE

Tariq Ismail PPBM
Ritorik politik Malaysia hari ini yang meracuni fikiran generasi muda untuk bertindak kurang ajar dan tidak beradab, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu, Tariq Ismail.

"Jika kita ketepikan retorik politik sebentar, dan fikir dengan mendalam, kita harus akui bahawa retorik politik di Malaysia sekarang inilah yang meracuni fikiran generasi muda kita.

"Berapa minggu sebelum ini kita mendengar cemuhan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Zahid Hamidi) ke atas mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir hanya kerana berdarah campuran.

"Dan siapa antara kita yang tidak kenal Jamal (Datuk Seri Jamal Md Yunos), yang perangai samsengnya sering mencetuskan keganasan di kalangan rakyat sehingga ada yang cedera.

"Siapa yang boleh lupakan juga demonstrasi jalanan yang seringkali bertukar menjadi ganas sehingga mencederakan orangramai dan hartabenda awam,' soalnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas insiden baling kerusi, botol, kasut ke arah pentas Dr Mahathir berucap yang berlaku di program Nothing To Hide 2.0 pada Ahad, yang membawa kepada penahanan reman tiga suspek yang dipercayai terlibat dengan sekumpulan belia lain yang hadir di program sama.

"Saya pun turut merasa marah dan bersedih atas perbuatan biadap dan kurang ajar belia-belia kita.

"Naluri mendesak supaya saya turut serta dengan suara-suara di luar sana yang saling menuding jari ke puak politik bertentangan.

"Tidak kurang juga suara-suara yang menghentam belia-belia tersebut di atas perbuatan mereka.

"Tetapi, sejenak saya berfikir, siapakah sebenarnya yang bersalah?

"Kebenarannya adalah kita sebagai masyarakat telah menjadi begitu lali dengan politik kebencian sehingga keganasan dan cemuhan serta cacian sudah menjadi sebati dengan jiwa kita.

Dr Mahathir tidak gentar, seru PH terus perjuangan

 MALAYSIA DATELINE

Mahathir MohamadPengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan supaya menereuskan eprjuangan dan tidak gentar dengan insiden yang berlaku dalam program Nothing to Hide 2.0 Ahad lalu.

Malah bekas perdana menteri ini juga menjelaskan beliau tidak gentar dengan insiden berlaku atau sekiranya ia berlaku lagi di masa akan datang.

"Saya telah hadapi macam-macam masalah dalam politik...memanglah kalau kita nak berada dalam politik kita mesti bersedia untuk hadapi cabaran seperti ini.

"Saya tidak gentar kerana rusuhan ini.Jika lebih besar daripada itu tidak akan seidkitkan mengecewakan atau mematahkan semangat saya.

"Penyokong saya dan parti lawan yang berhasrat menjatuhkan Najib juga tidak harus gentar. Mereka harus berani kerana benar.Jika tidak berani kita tidak benar atau tidak berani pertahankan kebenaran," ujarnya  yang bercakap dalam rakaman video berdurasi 5 minit itu yang diedarkan oleh media PPBM lewat petang ini.

beliau turut  melahirkan rasa sedih terhadap insiden berlaku kerana berpendapat ia bukan mencerminkan budaya rakyat negara ini.

"Saya berasa sedih kerana bukanlah ini satu budaya kita untuk merusuh seperti itu. Tapi dikalangan parti Melayu perkara ini jarang jadi,"ujarnya.

Dr Mahathir juga berpendapat insiden berlaku itu terdapat usaha untuk mengagalkan perjuangan Pakatan Harapan.

"Saya khuatir sama ada cara ini (rusuhan) dengan lebih besar akan diadakan. Jika Najib (Datuk Seri Mohd Najib Razak) kalah dan dia ingin isytihar darurat dicetuskan rusuhan huru hara dalam negara... bolehlah darurat di isytiharkan dan Parlimen ditangguh dan undang-undang diketepikan.

"Saya takut ini petanda cara ganas yang akan digunakan pada masa depan. Saya harap kita akan ada pilihan raya dengan tertib dan kemungkinan ini kita kena buat persediaan.

"Kita tidak mahu lihat negara berada dalam keadaan huru-hara yang tidak dingini," ujarnya.

Ditanya insiden berlaku itu berpunca daripada soalan yang diajukan oleh bekas Exco Armada Taufiq Abas berkaitan isu Memali disambut perasaan tidak berpuashati sebilangan kecil hadirin dengan jawaban diberikan oleh beliau, sebelum insiden baling kerusi, kasut, botol dan suar ke arah beliau dilakukan.

"Saya tidak fikir ia akan menjadi lebih buruk. Saya masih lagi ingin nak menjawab kepada soalan mereka. Berkenaan SOP (Standard Operation Prosedure), saya baru bagi jawapan separuh saja berkaitan SOP polis.

"Jika awak datang dengan parang dan bunuh pegawai polis mereka mestilah sanggup terima balasan daripada polis kerana polis pasti akan mempertahankan diri mereka.

"Saya ingat saya masih boleh menjawab sehingga tamat tapi malangnya mereka tidak mahu dengar jawaban saya dan cetuskan rusuhan di situ," terangnya.

Ditanya berkaitan siapa dalang sebenar apabila tercetusnya insiden itu, Dr Mahathir menjelaskan, dalang itu dikalangan yang tidak senang dengan penglibatan beliau dalam Bersatu dan berkerjasama dengan parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan.

"Kita tahu ialah yang tidak senang dengan kegiatan parti lawan dan penglibatan saya.

"Penyokong Najib sama ada mereka ahli Umno atau tidak tetapi mereka nampaknya cuba nak sokong Najib dengan tamatkan forum kita supaya Najib terselamat.

"Saya fikir terdiri daripada penyokong kerajaan sama ada daripada Umno,saya tidak tahulah... tapi ada kemungkinanlah," ujarnya.

Hadi ucap terima kasih pada individu yang bertanyakan soal Memali pada Tun Mahathir

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang beranggapan kekecohan forum 'Nothing To Hide 2.0' pada Ahad lalu terjadi kerana penjelasan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan tragedi Memali tidak memuaskan hati hadirin.
 
Malah beliau berterima kasih kepada individu yang bertanyakan perihal Memali untuk dijawab Dr Mahathir secata terbuka.
 
"Terima kasih diucapkan kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali. Kepada yang tidak mampu menjawab (Dr Mahathir) sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan. 
 
"Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya," ujar Hadi dalam satu kenyataannya hari ini.
 
Mengimbau tragedi Memali, Hadi berkata ahli PAS dipersalahkan namun tidak pula pihak yang mencetuskan provokasi sehingga terjadinya peristiwa  itu.
 
"Ketika itu Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan, bukan pula dipersalahkan orang yang selalu menghina Islam dan hukumnya yang sangat dimarahi oleh Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan.
 
"Ramai kakitangan kerajaan, polis dan Umno tidak bersetuju dengan pendekatan yang dilakukan sehingga mengorbankan polis yang dipaksa," ujarnya.
 
Ustaz Ibrahim adalah pemimpin PAS dan antara pemidato handal yang amat digeruni kerajaan pimpinan Dr Mahathir ketika itu.
 
Beliau dan 13 rakannya dikatakan dikepung pihak berkuasa dan ditembak mati di perkampungan Memali. Juga terkorban empat orang anggota polis.
 
Ulama PAS menyifatkan korban tragedi Memali adalah 'mati syahid', berikutan dibunuh kerajaan pemerintah yang zalim.
 
Dr Mahathir ketika menjawab isu Memali berkata "empat polis dibunuh dengan tangan mereka (pemimpin PAS), balasannya dengan cara itu (bunuh kembali). Itu adalah SOP.
 
Berikutan jawapan itu, forum Nothing To Hide 2.0 bertukar kecoh dengan peserta yang bertanyakan soalan tiba-tiba membaling kerusi dan botol air ke arah pentas - dimana Dr Mahathir sedang berucap.
 
Susulan itu peserta lain bertindak menyalakan suar memaksa hadirin lain yang datang bertempiaran lari keluar dewan.
 
Polis kemudiannya mengesahkan tiga suspek ditahan untuk membantu siasatan.
 
Suspek kini ditahan reman selama empat hari, bermula semalam (Isnin). 


Ada ahli PAS undi parti pembangkang lain dalam PRU14 - Mat Sabu

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendakwa ada ahli-ahli PAS yang tidak mahu menyokong parti itu, sebaliknya memilih memberi sokongan kepada 'pihak yang tidak menyokong BN' pada pilihan raya akan datang.
 
“Ya (begitulah), saya berkeyakinan begitu.
 
“Kita ada menemui semua ahli-ahli PAS, semua kawan-kawan kita, adik beradik kita, sahabat-sahabat kita banyaknya memberi komitmen akan mengundi parti yang mencabar BN.
 
“Terutama dari segi boleh mengambil alih kuasa negeri dan parlimen," katanya memetik wawancaranya bersama Sinar Harian, hari ini.
 
Mohamad yang juga dikenali Mat Sabu mendakwa peratusan dalam perkara itu 'amat tinggi'.
 
Mat Sabu berkata demikian terhadap spekulasi PAS hanya mendapat undi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menerusi pemimpinnya sahaja, manakala ahli-ahli PAS dikatakan beralih sokongan kepada parti pembangkang yang lain.
 
Beliau mendakwa ketidaktentuan di dalam PAS juga berlaku kerana parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menyatakan untuk berkawan dengan BN.
 
“Pada masa yang sama juga, sasaran serangan mereka ialah kepada pembangkang, terutamanya Amanah dan DAP. Jadi posisi mereka yang sebenar, mereka lebih mengetahui.
 
“Bagi kami (dalam Pakatan Harapan), empat parti ini akan terus membina kekuatan menjelang PRU14," katanya.
 
Malah hal itu juga dilihat dalam sikap lunak dan rasa puas hati PAS terhadap penjelasan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
“Itu terserah kepada rakyat kepada rakyat kita, misalnya isu 1MDB, dunia tahu penyelewengan bahkan dibicarakan di Singapura, bahkan orang orang yang mendapatkan duit daripada (ahli perniagaan) Jho Low itu sendiri menyerahkan kembali barang-barang kemas yang dibeli kerana duit itu wang rakyat yang dicuri…
 
“Kalau begitu terdedah di peringkat dunia, ada parti di Malaysia masih berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh (Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB) Arul Kanda itu saya rasa pelik, biarlah rakyat menilai mereka ini,” katanya.
 
 

'Ini Kalilah' undi rakyat akan kembali pada Umno BN, kata Armand Azha [TONTON VIDEO]

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof

 
Post Pic


SHAH ALAM: Pemuda Umno yakin 'Ini Kalilah' rakyat yang menyokong parti pembangkang pada dua pilihan raya umum (PRU) sebelum ini, akan kembali menyokong Umno Barisan (BN).

Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata kecelaruan dalam Pakatan Harapan (PH) akhirnya membuka mata rakyat dan atas premis itu beliau yakin, sokongan pada Umno BN akan meningkat pada PRU kali ini.

"Saya nak bagitahu pemimpin PH, 'Ini kalilah' mereka (rakyat) akan kembali menyokong Umno BN dan saya yakin pada PRU14 nanti Umno akan terus jadi kerajaan Pusat, mengekal kuasa.

"Dan mungkin kita akan dapat banyak lagi kerusi kerana kecelaruan dalam PH," ujarnya ketika ditemubual secara eksklusif Antarpos baru-baru ini.

Armand berkata rakyat sudah memberikan masa kepada PH selama dua penggal menafikan majoriti dua per tiga di Parlimen serta memerintah negeri terkaya di negara, Selangor.

Dalam tempoh itu, wajah sebenar pemimpin PH semakin terserlah apabila mereka hanya sibuk berpolitik, melaksanakan keputusan populis dan paling ketara kebajikan rakyat mula diabaikan, ujar Armand.

Armand juga mengulas struktur terbaru PH, yang menyaksikan penyokong pembangkang mula bangkit dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka.

PH sebelum ini mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi PH, manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat menjadi Presiden PH. Sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Umum PH.

"Dalam struktur politik dunia, tidak ada lagi parti politik yang ada tiga kepala. Ini satu-satu yang kita lihat percubaan pertama dalam dunia. Macam ulang lidah bercanag. Ini menunjukkan PH pun berjanji langit dan bumi ibarat lidah bercabang.

"Tun M, Anwar, Azizah sebenarnya mereka bertiga hanya sekadar boneka. Tangan ajaib di belakang merekalah yang harus kita persoalkan siapa?.

"Saya yakin ketua mereka, termasuk Tun M, dibelakang mereka adalah Lim Kit Siang," ujar Armand lagi.

Menurut Armand lagi, Umno BN kini sudah bersedia untuk berjuang di medan pilihan raya, yang dijangka hanya akan berlangsung beberapa bulan daripada sekarang.