HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Ogos 2017

10 Bukti DAP Anti Islam -Dr. Ridhuan Tee



Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Bukti itu adalah seperti berikut :

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,”katanya dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan: