HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 Ogos 2017

20 ditahan, 115 mesin bernilai RM200,000 dirampas


SINAR ONLINE

PDRM


IPOH - Polis menahan 20 orang termasuk seorang wanita dan merampas 115 mesin simulator bernilai RM200,000 dalam Op Dadu Mesin Perjudian di premis Persiaran Komersil Waterfront, Sungai Siput, kira-kira 50 kilometer dari sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata serbuan kira-kira 1 tengah hari itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis  Kontinjen Perak.

Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan penjaga  premis manakala 11 lagi adalah pelanggan yang berumur di antara 20 hingga 55 tahun.

“Dalam serbuan itu, kami turut merampas sebuah televisyen, satu modem kamera litar tertutup (CCTV) dan tujuh cip tambah nilai. Selain itu, kami merampas wang tunai bernilai RM3,625 dan 14 telefon bimbit pelbagai jenama,"katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda di antara RM10,000 hingga RM100,000 bagi setiap mesin judi dan hukuman penjara maksimum lima tahun. –Bernama

Tiada ulasan: