HALAMAN SANTAI

Rabu, 9 Ogos 2017

Abang rogol adik berkali-kali sampai mengandung

MALAYSIAN TIMES



SELANGOR: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang merogol adik perempuannya berusia 13 tahun sehingga mengandung telah ditahan 5.30 petang semalam di rumahnya di Kampung Baru Cina, Semenyih.

Menurut sumber, mangsa dirogol lebih dari 10 kali ketika bapanya keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Mangsa tinggal bersama bapanya yang berusia 42 tahun dan lima lagi adik-beradik yang lain manakala ibu mangsa sudah melarikan diri sejak sebulan lalu,” katanya dipetik sebagai berkata oleh Harian Metro Online.

Menurutnya lagi, ahli keluarga mangsa mula mengesyaki sesuatu selepas melihat perut mangsa besar.

“Bapa mangsa membawa remaja Tingkatan 1 itu ke hospital untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati remaja itu hamil tujuh bulan sebelum mengaku dirogol abang sulungnya berkali-kali,” katanya.

Sumber berkata, remaja perempuan itu kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Tiada ulasan: