HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Ogos 2017

Adakah UMNO Akan Menerima Tun M Kalau Tahu Beliau Berketurunan India?

Suara Kebenaran




Orang-orang UMNO diminta menggunakan otak sikitlah dalam bercakap tentang keturunan Tun Dr. Mahathir Mohammad yang dikatakan berasal dari India ini.  Apakah bodoh bercakap tentang perkara tersebut dalam konteks sekarang bila ianya berlaku lebih 70 tahun yang dulu?

UMNO pada era tersebut hanya dikhaskan kepada orang Melayu sahaja, orang bukan Melayu tidak boleh menyertai parti rasis tersebut.  Dalam masa yang sama, hanya melalui UMNO sahaja dimana rakyat boleh mendapat tempat dalam politik, menjadi Perdana Menteri dan sebagainya.

Jadi kalau pun benar Tun Mahathir menyembunyikan salasilah keturunan sebelah bapanya, termasuk menghilang perkataan Kutty itu, ia adalah atas sebab yang boleh diterima akal.  Tun Mahathir tahu, UMNO tidak akan menerima keahlian beliau kalau mendapat tahu dia ada darah India.

Kalau Tun Mahathir melakukan perkara itu demi memastikan kejayaan dalam bidang politik, itu boleh diterima akal kerana di akhirnya UMNO menerima juga selain Melayu sebagai ahli dan pemimpin.

Ini UMNO 70 tahun dulu ya, dikalah penduduk asal hanya merujuk kepada orang Melayu dan orang Melayu sahaja.  Bukan seperti sekarang, bila UMNO turut menerima keanggotaan dari bumiputera Sabah Sarawak dan orang asli setelah pindaan dibuat ke atas takrif bumiputera itu sendiri.

Tiada ulasan: