HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 Ogos 2017

Agenda politik pembangkang bukan bersifat perkauman, Johari bidas Zaid [TONTON VIDEO]

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Salah seorang pemimpin PKR hari ini menolak pandangan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan perjuangan kaum India sebagai agenda politik mereka.
 
Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dalam responnya terhadap saranan Zaid supaya PH bekerjasama dengan Hindraf berkata, pembawaan parti-parti politik pembangkang seharusnya menolak agenda politik perkauman semata-mata.
 
"Sedangkan kita mahu keluar dari kepompong pemikiran lama bahawa parti-parti di Malaysia harus berlandaskan agama dan kaum. Dalam PKR sendiri pun, ahli yang paling banyak selepas kaum Melayu adalah kaum India
 
"Orang-orang India pun ramai dalam DAP, PKR, MIC," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
 
Jumaat lalu, Zaid mendakwa antara kesilapan pembangkang sejak 2008 adalah tidak meletakkan perjuangan kaum India sebagai sebahagian agenda politik mereka.
 
Meskipun PKR dan DAP turut dianggotai kaum India, namun ia tidak mewakili kaum berkenaan secara keseluruhannya, sedangkan masih ramai lagi kaum minoriti itu yang hidup susah di estet dan bandar sama seperti kaum lain namun merasa selesa dengan kehidupan mereka.
 
Zaid mencadangkan agar PH bekerjasama dengan Hindraf dan berbincang dengan pimpinan utama pergerakan itu, iaitu P. Waythamoorthy.
 
Bekas menteri undang-undang itu berpendapat kerjasama PH dengan pergerakaan itu akan membawa kemenangan mereka dalam pilihan raya yang akan datang.
 
 
 

Tiada ulasan: