HALAMAN SANTAI

Khamis, 10 Ogos 2017

Azmin kata tak tahu wakil PKR di Kelantan tidak dibayar kerajaan negeri

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata beliau tidak tahu menahu perihal anggota lantikan politik partinya di Kelantan tidak menerima bayaran mengikut masa yang dijanjikan daripada kerajaan negeri.
"Saya tak tahu... (tetapi) kita akan mendapatkan maklum balas dari pimpinan Kelantan dalam masa terdekat dan kita akan beri nasihat sewajarnya untuk kepentingan semua pihak," ujarnya ringkas ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.
Hari ini, PAS Kelantan menerusi Setiausahanya, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menafikan dakwaan kerajaan negeri gagal membuat bayaran tunggakan kepada 75 wakil PKR yang dilantik secara politik.
Beliau juga menyifatkan kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beberapa hari lalu sebagai tidak munasabah, selepas Presiden PKR itu mendakwa wakil partinya di Kelantan tidak dapat melepaskan jawatan kerana masalah terbabit.
Wan Azizah pada Selasa lalu mendakwa lantikan politiknya di Kelantan masih menunggu tunggakan bayaran, dan menyebabkan arahan meletakkan jawatan tidak dapat dilakukan serta-merta.
Memetik kenyataannya di Utusan Malaysia hari ini, Che Abdullah juga berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM200,000 setahun untuk setiap DUN, malah elaun lantikan politik PKR di Kelantan juga dijelaskan tanpa sebarang tinggakan.
Exco kerajaan negeri itu juga menegaskan peruntukan disalurkan kepada rakyat tanpa menggunakan wang mana-mana penyelia DUN.

Tiada ulasan: