HALAMAN SANTAI

Rabu, 9 Ogos 2017

Bapa durjana rogol, liwat anak lebih 600 kali berdepan penjara 3000 tahun

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Pendakwaan terhadap seorang bapa atas lebih 600 tuduhan merogol, meliwat dan melakukan seksual fizikal ke atas anak kandungnya berusia 15 tahun, bakal berdepan hukuman penjara 3,000 tahun, jika sabit kesalahan.
 
Dia juga berkemungkinan disebat, berdasarkan peruntukan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Akta Kanak-Kanak 2016.
 
Sebelum ini, polis memaklumkan lelaki itu berdepan 599 tuduhan meliwat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
 
Bagi kesalahan itu, penjara maksimum yang boleh dikenakan terhadapnya adalah 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan.
 
Bagi pertuduhan merogol, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
 
Lelaki berusia 37 tahun itu, dipercayai melakukan perbuatan terkutuk terbabit sejak dua tahun lalu, selepas mangsa yang kini berusia 15 tahun tinggal bersama ekoran perceraian dengan isterinya.
 
 

Tiada ulasan: