HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Ogos 2017

Bauksit: SPRM rampas penyata akaun 10 suspek

ANTARAPOS.COM

Post Pic
  
 
KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah rumah 10 orang suspek yang dipercayai melindungi kegiatan perlombongan bauksit secara haram di Kuantan.
 
Ia turut merampas beberapa dokuman termasuk penyata akaun bank suspek iaitu seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dan sembilan penolong penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang.
 
"SPRM juga sudah menghantar permohonan bagi menyekat sebarang pengambilalihan harta mengikut Seksyen 37(1) Akta SPRM 2009," katanya dalam satu kenyataan semalam.
 
SPRM berkata menambah antara lokasi lain yang digeledah ialah Pejabat Pelabuhan Kuantan, Pejabat Kastam dan beberapa syarikat yang menyaksikan pelbagai dokumen termasuk dokumen eksport, komputer riba dan borang berkaitan kastam dirampas.
 
"Sehingga hari ini seramai 18 orang saksi yang terdiri daripada pemandu lori yang mengangkut bauksit haram, pengurus, penyelia syarikat dan kerani syarikat sudah diambil keterangan," kata SPRM.
 
SPRM memperoleh perintah tahanan reman selama seminggu bermula semalam terhadap sembilan kakitangan PTG yang berusia antara 29 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan berhubung perlombongan bauksit haram.
 
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman yang sebelum ini turut membenarkan pegawai kastam berusia 56 tahun dan berpangkat penolong pengarah itu direman sehingga 8 Ogos bagi membantu siasatan.
 
Semua suspek ditahan dalam operasi khas oleh SPRM selepas mendapati aktiviti perlombongan bauksit di Bukit Goh dan Bukit Sagu masih berjalan walaupun kerajaan telah mengenakan perintah moratorium sehingga 31 Disember ini.
 
 

Tiada ulasan: