HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Ogos 2017

Bekas CEO ditahan selepas beri keterangan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC), ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan pembelian sebuah hotel empat bintang di London oleh FIC.
 
Memetik laporan BH Oline, beliau ditahan kira-kira jam 9.50 malam tadi di Ibu Pejabat SPRM, selepas memberi keterangan selama 12 jam bermula jam 9.30 pagi Isnin.
 
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani mengesahkan penahanan itu dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok (Selasa) untuk permohonan reman bagi membantu siasatan SPRM.
 
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC, kerana dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal sehingga menyebabkan anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.
 
FIC dilaporkan membeli sebuah hotel empat bintang di Kensington, London pada STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014

Tiada ulasan: