HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Ogos 2017

Beli hotel: Bekas pegawai khas kepada bekas pengerusi Felda bebas ikat jamin

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditahan berhubung siasatan rasuah membabitkan Felda Investment Corporation (FIC) dibebaskan dengan ikat jamin, pagi ini.
 
Mohd Zahid Mat Arip yang juga bekas pegawai khas kepada bekas Pengerusi Felda,  keluar dari Kompleks Mahkamah Rendah Putrajaya kira-kira 9.45 pagi, ditemani isterinya, ahli keluarga dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
"Saya telah dibebaskan dengan ikat jamin. Terima kasih kepada pegawai SPRM atas dedikasi mereka," katanya sebelum masuk ke sebuah kereta SPRM.
 
SPRM sebelum ini menahan beberapa individu sepanjang siasatan dakwaan pembelian hotel di London dan Sarawak, melebihi harga pasaran.
 
Turut hadir memberi sokongan kepada Zahid adalah ahli MT PPBM, Abu Bakar Yahya.
 
"Saya fikir dia kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan dan saya diberitahu jaminan itu adalah RM5,000.
 
"Saya tidak pasti mengenai pembayaran lain," katanya.
 
 

Tiada ulasan: