HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Ogos 2017

Berpolitik boleh, jangan serang peribadi

 
 
Oleh SALMIYAH HARUN 

ISU serangan peribadi yang membabitkan pimpinan tertinggi negara sejak akhir-akhir ini lebih kepada desakan kelangsungan politik sama ada demi parti atau demi peribadi.

Naib Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman berkata, sikap yang tidak matang dan sejahtera pimpinan negara ini menjadi tontonan dan ikutan belia-belia negara yang merupakan generasi masa depan negara.

"Contoh buruk kita ini akan menjadi amalan anak cucu kita suatu hari nanti, dan adakah dengan cara begini kita menunjukkan kepada dunia bahawa slogan Malaysia benar-benar Asia? Jika sikap pimpinan tertinggi kerajaan bersikap demikian?" soal beliau

Katanya, rakyat Malaysia bukannya tidak cerdik bahkan kanak-kanak sekolah rendah sehingga universiti mengetahui apa yang bakal terjadi kepada negara mereka pada masa akan datang.
Tambahnya, kontroversi ini tersebar luas lebih-lebih lagi di media sosial di mana dunia boleh melihat suasana politik Malaysia yang sedang bergelora.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengungkit asal usul keturunan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed di dalam Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya sehingga mencetuskan persoalan dan menjadi bualan rakyat yang mahu semua pihak kemukakan kebenaran.

"Zahid Hamidi yang mempunyai pendidikan tinggi dan berfikiran matang wajar berhujah dalam soal politik jika hendak membela Umno dan BN bukan menyerang sikap dan sifat mana-mana individu.

Ingat! slogan 'Jasamu Dikenang' dilaungkan semasa Tun mengumumkan persaraannya," kata beliau.
Justeru, katanya sempena bulan Kemerdekaan ini adalah lebih baik kerajaan yang sedia ada membuat satu perubahan yang baik untuk bangsanya dengan memulihkan kembali ekonomi rakyat serta pelbagai masalah yang telah dibebankan kepada rakyat selama ini.

Tiada ulasan: