HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Ogos 2017

Chef Wan tegur Alif Syukri makan tepi jalan



Chef Wan tegur Alif Syukri makan tepi jalan
 

KISAH jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri terus mendapat perhatian.

Terbaru, menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya, Aliff melahirkan rasa sedih apabila beliau dan keluarganya dihalau keluar dari sebuah restoran hanya kerana mahu tumpang makan.

“Sedih saya bila bawa pergi restoran bawa bekal sebab kat sini makanan halal, amat susah nak dapat...baru saja cadang nak oder lah air biar cover sikit nak tumpang makan, tapi kami kena halau...jadi kami makan lah di tepi jalan,” tulisnya.

Susulan video dan kapsyen tersebut, chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menegur sikap jutawan itu yang makan di tepi jalan semasa bercuti di Swtizerland.

Menerusi ruangan komen di paparan video tersebut, Chef Wan berkata; “Mana satu restoran yang kasi orang guna tempat mereka untuk makan dan beli air saja, depa berniaga macam u pasti la need the table for the guests.

Why la makan anak beranak tepi jalan macam tu...there so many park where you can find table to eat when you travel all over Switzerland.

“Saya pun dah berpuluh kali di sana ...Aliff..Aliff!,” tulis Chef Wan.

Tidak hanya Chef Wan, malah ramai bersetuju dengan teguran itu.

“Salam Dato, saya cadangkan kalau lepas ni Dato nak pergi mana-mana, Dato buat research betul-betul dulu. Negara barat memang tegas bab-bab peraturan. Nak-nak orang dia tak buat, tapi orang kita buat. Ada tempat tu lagilah, siap kena charge 10% tambahan kalau bawa masuk outside food.

Apa apa pun enjoy your holiday Dato,” komen @hailrossa;

@farra2017 pula berkata, ada kalanya tindakan Aliff membuatkan dirinya sendiri dikecam.

Sementara itu, @noorwie pula menyarankan agar Aliff membeli meja lipat setiap kali bercuti.

“Beli meja lipat Jepon yang easy carry tu @aliffsyukriterlajaklaris nak makan memana senang. Sudu garfu boleh beli yang plastik,” tulisnya.

Aliff kini sedang bercuti bersama keluarganya di Switzerland sejak minggu lalu.

Terdahulu, Aliff turut dikecam netizen gara-gara gurauan jam Rolexnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Yang kutuk saya itu, ada jam Rolex?’]

Difahamkan video yang direkodkan itu memperlihatkan Aliff, mengomel sesuatu berhubung sikap pengkritiknya.

"Takpelah korang kutuk, kutuklah aku nak makan kat mana pun. Yang penting aku pakai cincin berlian empat karat, aku pakai jam Rolex baru beli ni. Kutuk, kutuk, tak ape, kutuk lagi selagi mampu.

"Kita makan dulu. Korang yang kutuk kutuk tu ada tak jam Rolexnya? Takde, kan? Jahatlah, gurau je...gurau jer hehe...," selorohnya yang ketika itu turut berbicara mengenai masakan air tangannya sendiri dan isteri, Datin Shahida di tengah-tengah kawasan lapang di Switzerland.

Tiada ulasan: