HALAMAN SANTAI

Ahad, 13 Ogos 2017

Dr M: ‘Jika nak menang, jangan ungkit kisah Anwar dipenjara masa saya’

 
Kata beliau, jika isu lama masih diungkit ia akan menyebabkan perpecahan sesama pembankang berlaku sekali gus menyukarkan usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya akan datang.


mahathir-anwar


SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan penyokong pembangkang supaya tidak mengungkit kisah silam Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan ketika beliau menjadi perdana menteri.

Kata beliau, jika isu lama masih diungkit ia akan menyebabkan perpecahan sesama pembankang berlaku sekali gus menyukarkan usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya akan datang.

“Sya jumpa dengan Anwar yang peliknya dia tidak tanya soalan itu, tapi Anwar setuju untuk jatuhkan Najib. Anwar tidak tegur saya buat niaya pada dia atau tidak, itu perkara lama. Kkalau kita nak ungkit perkara lama sampai sudah tak habis.

“Saya jumpa Anwar banyak kali, Anwar tak minta pun saya minta maaf.

“Semua orang banyak dosa, kalau ungkit benda lama ia akan pecah belahkan kita. Kalau kita nak menang, kita bersatu jangan soal tentang perselisihan faham antara kita, fokus kepada objektif kita jatuhkan Najib,” katanya pada forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya adakah Anwar dipenjara semasa beliau menjadi perdana menteri kerana disebabkan kesalahan liwat atau dibuat disebabkan permusuhan politik.

Penjelasan dibuat Dr Mahathir itu mengamatkan dewan seketika.

Tiada ulasan: