HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Ogos 2017

Dzulkifli: Saya masih bertahan selepas genap 1 tahun

 
Ketua pesuruhjaya SPRM tersentuh dengan sokongan dan keyakinan orang ramai terhadap badan anti-rasuah itu hari ini berbanding setahun lalu.


MACC Chief Dzulkifli Ahmad during the launch of Sahabat Gerah


KUALA LUMPUR: Datuk Dzulkifli Ahmad berbangga dapat bertahan dalam tahun pertamanya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas mengharungi “permulaan yang mencabar”.

Beliau berkata sekarang beliau dapat melihat sokongan dan keyakinan orang ramai terhadapnya, berbanding setahun lalu.

Dzulkifli memulakan hari pertamanya sebagai pegawai tertinggi badan anti-rasuah itu pada 1 Ogos tahun lepas.

Apabila Dzulkifli mengambil alih peranan itu, ia masa yang agak sukar untuk SPRM, terutamanya pada masa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sitaan terhadap individu tertentu, yang didakwa menggelapkan lebih AS$3.5 bilion dana dari 1MDB.

“Anda semua telah membaca berita dari tahun lalu dan apabila anda membandingkannya dengan keadaan sekarang, anda dapat melihat perbezaan.

“Sokongan dan kepercayaan masyarakat kepada saya dan SPRM sekarang sangat berbeza,” kata Dzulkifli kepada pemberita di pelancaran Sahabat Gerakan Revolusi Antirasuah (Gerah) di sini hari ini.

Beliau berkata ramai pihak gembira dan berbangga dengan pencapaian SPRM setakat ini, berdasarkan kepada maklum balas yang diterimanya.

“SPRM akan terus memerangi rasuah dan memastikan agensi ini tetap menjadi pelindung hak rakyat.”

Dzulkifli merupakan bekas ketua Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara di Jabatan Peguam Negara, di bawah Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Beliau menggantikan bekas ketua pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed, yang berkhidmat sebagai ketua pesuruhjaya sejak 1 Januari 2010.

Abu Kassim akan terus berkhidmat sebagai pegawai perkhidmatan anti-rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Disember 2020.

Tempoh jawatan Dzulkifli sebagai ketua pesuruhjaya SPRM sehingga 31 Julai 2021.

Tiada ulasan: