HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Ogos 2017

Indeks Syariah Malaysia meningkat kepada 76.06 peratus

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkannya berkata skor fasa kedua itu mencatatkan peningkatan yang amat ketara dalam empat bidang iaitu kesihatan, prasarana dan persekitaran, ekonomi dan sosial.
 
Pencapaian atau skor empat bidang lain iaitu pendidikan, politik, perundangan dan budaya pula masih berada di tahap yang memberangsangkan, katanya.
 
"Alhamdulillah, ini adalah satu pencapaian yang kita harapkan, untuk terus memandu kerajaan mentadbir negara selaras dengan Maqasid Syariah, "katanya ketika membentangkan Laporan Kajian Indeks Syariah Malaysia 2017 bersempena Majlis Perdana Ulama Umara dan NGO Islam di Pusat Konvensyen Antarabangsan Putrajaya di sini Khamis.
 
Indeks Syariah Malaysia adalah satu kaedah pengukuran yang saintifik dan menyeluruh bagi mengukur kedudukan kerajaan dalam menjalankan pentadbiran negara berdasarkan lima prinsip asas Maqasid Syariah, iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
 
Najib berkata penyelidikan kali kedua Indeks Syariah itu melibatkan seramai 222 orang penyelidik daripada enam buah universiti awam dengan responden keseluruhan seramai 27,292 orang; pembuat dasar (2,280); pelaksana dasar (6,555) dan masyarakat umum seramai 18,457 orang.
 
Perdana menteri menarik perhatian bahawa apa yang menarik tentang dapatan Indeks Syariah Malaysia 2017 ialah jumlah responden adalah terdiri daripada Islam dan bukan lslam.
 
"Tambah menarik 50 peratus daripada responden masyarakat adalah mereka yang berumur 21 hingga 30 tahun yang merupakan generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50)," katanya.
 
Najib berkata beberapa dapatan penting Indeks Syariah 2017 juga membuktikan bahawa langkah dan inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan, memberi impak dan maslahah kepada rakyat.
 
 

Tiada ulasan: