HALAMAN SANTAI

Jumaat, 11 Ogos 2017

IPIC sahkan 1MDB bayar RM1.55 bilion

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) mengesahkan menerima pembayaran AS$360 juta (RM1.545 bilion) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam pemfailan kepada Bursa Saham London.
 
“Susulan pengumuman yang dilakukan pada 8 Ogos 2017, IPIC kini menerima dana yang diperlukan pada 12 Ogos 2017 untuk pelanjutan yang dipersetujui bersama Kementerian Kewangan (Perbadanan) Malaysia (MoF Inc) dan 1MDB.
 
“Sehubungan itu, MoF Inc dan 1MDB kini mempunyai masa sehingga 31 Ogos 2017 untuk melengkapkan tanggungjawab pembayaran yang sepatutnya dilaksanakan pada 31 Julai 2017 di bawah perjanjian penyelesaian dan pembayaran faedah kerana bayaran lambat,” kata IPIC dalam satu kenyataan.
 
Terdahulu, 1MDB dalam satu kenyataan hari ini memberitahu bahawa syarikat berkenaan telah membuat bayaran sebanyak AS$360 juta kepada IPIC.
 
Kenyataan itu dipetik sebagai berkata, bayaran berkenaan dibuat selepas ia terlepas tarikh akhir asal 31 Julai yang turut diberikan lanjutan lima hari.
 
“Baki asal bayaran obligasi pada IPIC pada 31 Julai 2017, kini perlu dibayar pada 31 Ogos 2017,” kata 1MDB dalam kenyataan itu.
 
1MDB menambah semua dana yang dibayar kepada IPIC adalah hasil program rasionalisasi berterusan.
 
Melalui perjanjian yang dimeterai dengan IPIC pada April lalu, 1MDB bersetuju membayar AS$1.2 bilion dalam dua ansuran dengan pembayaran pertama kira-kira AS$600 juta dibuat pada 31 Julai.
 
 

Tiada ulasan: