HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Ogos 2017

Jamal datang Unisel tuntut pendidikan percuma

Nizam Zain
Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos bercakap kepada pemberita ketika membuat kunjungan ke Universiti Selangor (UNISEL) di Bestari Jaya, hari ini.


BESTARI JAYA – Gabungan NGO Selangor hari ini hadir ke Universiti Selangor (Unisel) berpakaian uniform sekolah untuk menuntut pendidikan percuma yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-12 dan 13 lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, pelajar-pelajar di Selangor khususnya mahasiswa Unisel adalah mangsa penganiayaan janji pilihan raya pakatan pembangkang.

“Kita nak beritahu pelajar-pelajar dan anak-anak kita di dalam sana (Unisel) selepas ini mestilah menikmati pelajaran percuma, jangan satu sen pun bayar.

“Minggu depan kami akan hari-hari di sini akan pastikan berjumpa dengan pelajar-pelajar di dalam sana nak memberikan risalah tentang hak pendidikan percuma yang layak mereka nikmati tapi masih tidak ditunaikan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Unisel, di sini, hari ini.



Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Daatuk Seri Jamal Md Yunos dengan berpakaian uniform sekolah tiba di luar pekarangan Unisel Bestari Jaya
Terdahulu rombongan Jamal bersama rakan-rakan NGO Selangor lain yang ingin menemui mahasiswa Unisel dihalang oleh polis bantuan universiti milik sepenuhnya kerajaan negeri itu.

Terdahulu tinjauan juga mendapati Unisel tergesa-gesa memasang gegantung tertera pendidikan percuma di pintu masuk universiti berkenaan sedangkan ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Jamal juga mengakui anak saudaranya turut menjadi mangsa janji pilihan raya kerajaan negeri yang sehingga kini masih tidak mendapat pendidikan percuma.

“Hari ini anak buah saya ada tiga orang kat dalam, pun tak percuma, kami akan bagi satu risalah janji-janji kerajaan negeri bahawa mereka yang berada di dalam Unisel berhak untuk mendapat pendidikan tanpa membayar satu sen pun

“Ini manifesto PR pada PRU12 dan PRU13, kami akan berada setiap hari di sini sehingga kami menemui keseluruhan pelajar di dalam Unisel ini supaya mereka tahu hak meraka.

Jadi hak mereka sekarang ini dinafikan dan saya sendiri mengalami pengalaman tersebut,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.



Tiada ulasan: