HALAMAN SANTAI

Ahad, 13 Ogos 2017

Jumpa Hadi Awang semalam, hanya ziarah biasa, kata Azmin Ali

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
BATU CAVES: Kunjungan pemimpin PKR terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi hanyalah ziarah biasa, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali.
 
Ujarnya PKR sudah lama merancang untuk menziarahi Hadi selepas Ahli Parlimen Marang itu menjalani pembedahan injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Mei lalu.
 
"Di peringkat awal, memang kita dinasihatkan untuk tidak menganggu uztaz Hadi kerana beliau perlukan rehat. Setelah dua bulan, saya dan YB Dr Wan Azizah berasa kita perlu menziarahi uztaz Hadi serta mendoakan beliau cepat sembuh.
 
"Alhamdulilah daripada perbincangan yang berjalan malam tadi, nampaknya uztaz Hadi sudah semakin pulih dan bertambah sihat, tetapi doktor menasihatkan beliau terus berehat untuk satu tempoh sebelum dapat menjalankan aktiviti biasa," katanya kepada pemberita, di Batu Caves pagi ini.
 
Semalam tular di laman sosial, gambar Hadi dikunjungi Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Dr Shaharuddin Badaruddin.
 
Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin ketika dihubungi Antarapos berkata kunjungan itu adalah sekadar lawatan silaturrahim yang tiada kaitan dengan sebarang perbincangan ke arah kerjasama politik.
 
"Kunjungan itu memang sudah lama difikirkan, juga untuk ke Terengganu menziarahi beliau. Tetapi akhirnya beliau di sini, jadi kita ambil kesempatan untuk menziarahi beliau. Tiada langsung cerita politik. 
 
"Hanya cerita mengenai kesihatan, bertanya khabar dan sebagainya. Beliau tanyakan khabar Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Anwar pun sampaikan salam kepada Hadi. Maknanya sekadar bertanya khabar dan ia lawatan silaturrahim antara pimpinan Keadilan (PKR) dan Datuk Seri Hadi," katanya.
 
Sementara Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini bertegas parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama dengan PKR pada pilihan raya akan datang, terutama di Selangor.
 
Beliau menyatakan komitmen berkenaan selepas ditanya mengenai kunjungan pemimpin PKR terhadap Hadi.
 
 

Tiada ulasan: