HALAMAN SANTAI

Rabu, 9 Ogos 2017

Kembar maut motosikal bertembung pacuan empat roda


ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
TEMERLOH: Sepasang kembar maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah, petang tadi.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang di Kilometer 145 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, berhampiran Kem Batu 5 tadi, mangsa Muhammad Tarmizi Atan, 14, dan kembarnya, Muhammad Taufiq meninggal dunia di tempat kejadian.
 
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari sekolah menghala ke Karak.
 
"Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah pacuan empat roda.
 
"Pertembungan itu mengakibatkan penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dipetik Utusan Online.
 
 

Tiada ulasan: