HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 Ogos 2017

Kes ugut bunuh Maria diterima pejabat AG

MALAYSIAKINI


PARLIMEN | Pihak polis telah menghantar kertas siasatan berhubung ugutan bunuh yang diterima pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan dua orang lagi ke Pejabat Peguam Negara.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis parlimen sebagai maklum balas terhadap soalanlisan oleh Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.

Kertas siasatan polis itu telah dihantar ke pejabat AG pada 12 April 2017, tulis Ahmad Zahid lagi dalam kapasitinya sebagai menteri dalam negeri.

Bagaimana pun, Zahid berkata pihak kerajaan masih menunggu laporan berhubung ancaman yang diterima melalui mesej aplikasi WhatsApp daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Menurut jawapan bertulis Zahid itu lagi, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Maria menerima ugutan bunuh sebulan sebelum perhimpunan bersih pada 19 November tahun lalu.

Selain Maria, pengerusi BERSIH sebelumnya Datuk Ambiga Sreenevasan dan setiausaha Bersih Mandeep Singh juga menerima ugutan bunuh yang sama pada Oktober 2016.

Zahid juga mendedahkan ugutan yang berlaku pada November 2016 masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Tiada ulasan: