HALAMAN SANTAI

Ahad, 6 Ogos 2017

Ketua Pengarang New Sabah Times pengsan diserang


ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Ketua Pengarang akhbar New Sabah Times, Pung Chen Choon ditemukan tidak sedarkan diri akibat diserang individu tidak dikenali di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Kolam, Luyang, kira-kira pukul 2.45 pagi semalam.
 
Memetik Utusan Online, Chen Choon, 65, mengalami kecederaan lebam di mata kiri dan bengkak rahang kiri selepas suspek menghentak kepala mangsa menggunakan topi keledar. 
 
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, mangsa yang pengsan hanya sedarkan diri di Hospital Queen Elizabeth 1 selepas dihantar menerima rawatan kecemasan menggunakan ambulans.
 
Beliau berkata, hasil keterangan mangsa mendapati sebelum kejadian dia bersama beberapa rakannya berada di sebuah restoran di Lido, namun ketika dalam perjalanan pulang mangsa menyedari dia diekori seorang suspek bermotosikal.
 
"Oleh kerana tidak puas hati diekori, mangsa telah singgah ke sebuah stesen minyak di Jalan Kolam dan bertanya kepada suspek kenapa mengekorinya.
 
"Suspek tidak berkata apa-apa tetapi terus membuka topi keledar dan menghayunnya ke arah muka mangsa. Mangsa dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan rawatan lanjut di hospital," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
Menurut beliau, tiada barang peribadi mangsa yang dilaporkan hilang dan motif serta punca kejadian masih disiasat
 
 

Tiada ulasan: