HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Ogos 2017

Kutty Sekalipun, Tun M Adalah Bekas Perdana Menteri – Armada

Caspian



Sehingga kini, masih ramai yang memperkatakan tentang pendedahan Datuk Seri Zahid Hamidi mengenai nasab keturunan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Terlalu ramai yang mempersendakan nasab berkenaan yang mempunyai nama Kutty pada kad pengenalan Almarhum datuk dan bapa beliau.

Disaat ramai yang mentertawakan nama Kutty berkenaan, hakikat sebenar, beliau adalah bekas Perdana menteri yang wajar kita hormati seperti mana yang diluahkan oleh seorang Exco Armada, baru-baru ini.

Dia yang enggan dikenali berkata, nama Kutty tidak membawa maksud apa-apa kepada negara kerana negara memerlukan seorang pemimpin yang genius dan ianya hanya terdapat pada Tun M sahaja.

Letaklah nama apa sekalipun seperti Tengku, Syed atau apa jua nama, jika Kutty mampu mentadbir dengan baik, kenapa harus dipersendakan nama beliau?

Tambahan pula, menurut istilah bahasa Malayalam, nama Kutty ini membawa maksud budak yang comel dan ianya amat sesuai disandang oleh Tun M. Cuma pada ketika itu, mungkin sensitiviti rakyat Malaysia sukar menerima nama Kutty untuk diangkat sebagai pemimpin.

Justeru, beliau menasihatkan rakyat Malaysia, berhenti mempersendakan nama Kutty dan nasab keturunannya dari India ataupun mamak.

Ini kerana, rakyat Malaysia sendiri sukar memulakan hari mereka jika tidak merasa masakan mamak seperti roti canai mahupun teh tarik. Kenapa perlu sensasikan nama Kutty? Biarlah nama itu kekal abadi di hati dan jiwa Tun M sebagai kenang-kenangan nasab keluarganya.

Tiada ulasan: