HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Ogos 2017

Najib dan Tun M Sepentas

Liya S

najib


Orang ramai menginginkan untuk dua tokoh disegani ramai, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sepentas pada Majlis Nothing2Hide 2 (N2H2).

Berita tersebut diumumkan oleh Ketua Armada Bersatu pada sidang media Pemuda Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Bersatu, semalam.

“PM patut hadir program ini kerana ia boleh menangkis fitnah-fitnah pembangkang selama ini seterusnya membersihkan dirinya daripada skandal-skandal yang terpalit,” Pengguna Facebook, Abd Malik Jamaludin berasakan Najib memanfaatkan peluang itu untuk membersihkan dirinya.

Don Moses turut menyokong dan turut mencadangkan supaya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir sama.

“Aku rasa Najib datang dengan Zahid. Inilah masa yang sesuai untuk rakyat menilai mereka,” tulisnya.

Bagi pengguna Facebook, Shazwani Mat Nor, dia telah lama menunggu saat menyaksikan kedua-dua pemimpin tersebut di atas pentas yang sama.

“Ini yang paling saya tunggu-tunggu, harap dua-dua adalah,” tulisnya.

Sementara itu, netizen yang skeptikal mendakwa bahawa majlis tersebut akan dibatalkan pada saat akhir seperti pengguna Facebook, Nick Harris.

“Mesti dibatalkan atas sebab aduan penduduk setempat,” tulisnya pengguna Facebook itu.

Pengguna Facebook, Adam Malik pula mengharapkan persiapan majlis dapat berjalan dengan lancar.
“Harap tiada masalah-masalah teknikal,” tulisnya.

Majlis Nothing2Hide 2 (N2H2)  turut menjemput semua pimpinan Umno, selain terbuka untuk rakyat dan pengamal media, majlis tersebut turut dibuat dalam suasana diskusi ilmiah dan bukan dalam bentuk pendebatan

Tiada ulasan: