HALAMAN SANTAI

Sabtu, 12 Ogos 2017

Najib puji PAS, tak serang Umno membuta-tuli

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
MACHANG: Hubungan baik antara Umno dan PAS belum lagi mencapai tahap untuk kedua-dua parti itu mengadakan kerjasama rasmi.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pada itu memuji sikap matang yang ditunjukkan PAS dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), apabila ia tidak menyerang Umno secara membuta-tuli.
 
Sebaliknya parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mengamalkan konsep tabayyun atau mencari kesahihan sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan.
 
PAS pada minggu lalu mengadakan perbincangan meja bulat bersama Ketua Pegawai Ekskutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk memberi penerangan berkaitan isu yang melatari 1MDB.
 
“Kita bersaing dengan Pas tetapi pimpinan Pas hari ini tidak macam dahulu. Pimpinan Pas hari ini lebih matang berpolitik, tolak kerjasama atau tahaluf siyasi dengan DAP.
 
“Mereka percaya kepada ta’awun iaitu kerjasama untuk kebaikan. Dan kita bekerjasama dalam banyak perkara, seperti dalam isu Rohingya dan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau (RUU 355).
 
“Dalam 1MDB, mereka (Pas) mengamalkan tabbayyun, mereka siasat dahulu, panggil Presiden 1MDB, Arul Kanda dengar penjelasan dan Presiden Pas kata mereka percaya pelan pemulihan 1MDB akan berjaya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat & Pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang di sini pagi ini.
 
Najib menjelaskan kerjasama politik di antara parti yang dipimpinnya dan PAS sehingga kini belum ada sebarang kepastian.
 
 

Tiada ulasan: