HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 Ogos 2017

Najib yakin kesetiaan Zahid, tolak dakwaan Dr Mahathir

 
 
Oleh Diyana Ibrahim

PERDANA Menteri Najib Razak hari ini menuduh Dr Mahathir Mohamad cuba memecahbelahkan kepimpinan Umno dalam usaha menyingkirkannya dan menegaskan keyakinan terhadap kesetiaan timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu mempertahankan timbalannya seminggu selepas Dr Mahathir menjawab kritikan Zahid dan mendakwa orang nombor dua parti itu bukanlah pengikut yang setia.

"Beliau bersama saya sejak 1986, bersama susah dan senang. Saya pernah mempertahankan Zahid di bahagian Bagan Datoh. Saya ke sana sebagai ketua Pemuda untuk mempertahankan Zahid dan beliau menang dengan 11 undi. Saya menyampaikan ucapan berapi, malah Tun Ghafar Baba) mengadu mengenai saya.

"Tetapi saya tidak peduli, saya mempertahankan Zahid kerana beliau kawan saya. Beliau kawan saya dalam perjuangan ini," katanya semasa memberi ucapan pembukaan di mesyuarat Umno Shah Alam di sini hari ini.

Zahid adalah ketua Pemuda bahagian Bagan Datoh pada 1986.

Najib turut membidas Dr Mahathir dan mendakwa bekas perdana menteri itu menyalahgunakan kuasa ketika era pentadbirannya untuk menutup mulut pengkritik.

Ini termasuk menjadikan Zahid sebagai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1998 kerana lantang mengkritik bekas perdana menteri itu termasuk dilihat sehaluan dengan Anwar.
"Saya tahu cerita dia betul. Bayangkan kalau dia kata orang lain gila kuasa, tun ini apa yang tak guna, apa senjata dia tak guna," katanya.

Beliau juga mendakwa Dr Mahathir menghantar pegawai cawangan khas dua kali berjumpa dengan Zahid untuk memaksanya melepaskan jawatannya ketika itu sebagai ketua pemuda dengan kerelaan.
Zahid menjadi ketua pemuda Umno pada 1996 di mana sebelum itu jawata berkenaan dipegang Najib.

"Maknanya beliau guna kuasa sepenuhnya dengan memberi tekanan ibarat meletakkan pistol ke kepala.

"Sebab itu Zahid tak lupa. Dia kata umpama pelanduk yang tak akan lupa penangkapnya. Jadi tak masuk akal lepas jadi timbalan beliau jumpa Mahathir untuk guling saya, tak mungkin dan betul ia satu fitnah," katanya.

Zahid semalam berkata dia bersedia untuk bersumpah laknat susulan dakwaan konspirasi menjatuhkan Najib seperti mana didakwa Dr Mahathir.

Pendedahan bekas perdana menteri itu timbul selepas Zahid pada minggu lalu menyerang Dr Mahathir dengan menyentuh keturunan beliau

Tiada ulasan: