HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 Ogos 2017

PAS terus yakin akan menang saman ke atas editor Sarawak Report

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS yakin akan memenangi kes saman fitnah membabitkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
 
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, parti itu akan meneruskan prosiding mahkamah terhadap Brown bagi membersihkan nama parti selain mendapatkan kembali dana yang sudah dibelanjakan sepanjang kes itu berlangsung.
 
"Saya yakin mereka akan kalah dan mereka akan bayar semua kos.
 
"Kita akan teruskan prosiding mahkamah membabitkan beberapa kos yang telah kita tanggung dan ini maruah kita.
 
"Sarawak report ni adalah berita pembohong, semua ini dia akan bohong termasuklah isu berkaitan tuduhan terhadap PAS dan bila kita saman dia di mahkamah ternyata sikap Sarawak Report berbelit  macam ular," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
PAS sebelum itu menyifatkan parti itu memperoleh perkembangan positif dalam kes saman tersebut selepas Brown diperintahkan oleh Mahkamah London untuk membayar presiden PAS itu sekurang-kurangnya GB£15,000 (hampir RM84,000).
 
Mahkamah pada 2 Ogos dilaporkan memihak kepada Abdul Hadi selepas editor Sarawak Report itu meminta deposit wang di mahkamah sebagai jaminan keselamatan, sekiranya presiden PAS itu kalah dalam kes berkenaan.
 
Katanya, mahkamah menolak hujah Brown bahawa beliau akan gagal membawa kes saman terhadap Hadi di Malaysia kerana badan kehakiman, kerajaan Malaysia dan perdana menteri mengamalkan rasuah.
 
Hadi menyaman Rewcastle-Brown atas dakwaan bahawa beliau menerima RM90 juta daripada Najib.
 
Tahun lepas, PAS meminta Brown menarik semula artikel yang disiarkan di laman webnya dan membuat permohonan maaf.
 
 

Tiada ulasan: