HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Ogos 2017

Peluru kapur ‘Kutty’ terhadap Dr Mahathir makan diri, kata Perkasa

 
Ibrahim Ali berkata timbalan PM perlu memohon maaf kepada Dr Mahathir jika mahu membersihkan namanya.
 
 
ibrahimali1


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini menyifatkan tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengungkit asal usul Tun Dr Mahathir Mohamad umpama tersalah guna jenis senjata bagi menyerang bekas presiden Umno itu.

“Saya rasa Zahid tak fikir ini perkauman dan hanya nak serang Dr Mahathir sebab dia musuh Umno, maka guna serangan yang terlintas (di fikirannnya),” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

“Saya sifatkan Zahid guna peluru kapur serang Dr Mahathir, dalam keadaan dia nak serang, gunalah senjata kimia. Jangan guna peluru kapur sebab orang yang ditembak tak mati, orang menembak yang mati,” katanya pada sidang media di pejabat Perkasa hari ini.

Zahid menerima kritikan pelbagai pihak selepas ucapannya Ahad lalu di hadapan ahli Umno Kelana Jaya, di mana beliau mendakwa nama penuh bekas perdana menteri itu ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.

Zahid berkata maklumat itu dibekalkan kepadanya oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara. (JPN), sambil berkata ia menunjukkan Dr Mahathir yang berketurunan India memperalatkan orang Melayu.

“Bila habis madu, sepah dibuang. Umno ini sebagai madu dan kita adalah sepah yang dibuang,” kata Zahid.

Iskandar merupakan datuk kepada Dr Mahathir, yang umum diketahui mempunyai asal usul campura India dan Melayu.

Semalam, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dari DAP mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi menggesa kerajaan menjelaskan tindakan Zahid, yang menurutnya melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 kerana membocorkan maklumat peribadi individu.

Ibrahim berkata Zahid sepatutnya memohon maaf pada Dr Mahathir jika mahu membersihkan namanya.

Katanya, sebagai pemimpin tinggi kerajaan, beliau perlu menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat terutamanya golongan muda.

“Zahid perlu pamerkan ciri-ciri negarawan, apatah lagi menjawat jawatan timbalan perdana menteri.”

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: