HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 Ogos 2017

PKR: Bijakkah benarkan kapal selam China singgah pelabuhan Sabah?

 
Ahli Parlimen William Leong berkata kerajaan Malaysia perlu mengekalkan dasar keberkecualian memandangkan keadaan di Laut China Selatan dan pertindihan tuntutan.


william-leong


PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR mempersoalkan kebijaksanaan peralihan dasar kerajaan dengan membenarkan kapal selam China berlabuh dan mengisi minyak di Pelabuhan Teluk Sepanggar, Sabah Januari lepas.

Ahli Parlimen Selayang William Leong mempersoalkan menteri pertahanan di Dewan Rakyat mengapa kapal tentera laut China dibenarkan berlabuh apabila pelabuhan itu juga terletak berhampiran pangkalan kapal selam negara.

“Menteri Pertahanan berkata semua kapal tentera asing termasuk kapal selam Cina dibenarkan untuk berlabuh dan mengisi minyak di pelabuhan Malaysia untuk tujuan latihan atau lawatan.

“Beliau juga berkata, kapal tentera laut China mendapat kebenaran dan kelulusan diplomatik dari Wisma Putra,” kata Leong merujuk kepada jawapan bertulis daripada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, Leong tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, dan dalam kenyataan hari ini bertanyakan ia menunjukkan Malaysia mahu menjalin hubungan rapat dengan China dalam bidang ketenteraan.

“Ini nampaknya perubahan dasar yang ketara oleh kerajaan Malaysia.

“Memandangkan keadaan semasa di Laut China Selatan dan tuntutan pesaing ke atas Pulau Spratly dan Pulau Layang-Layang, kerajaan Malaysia perlu mengekalkan dasarnya berkecuali dan mengkaji semula perubahan dasar itu,” katanya.

Bahagian kedua soalan Leong di Dewan berhubung kemungkinan China akan menubuhkan pangkalan tentera di Malaysia.

“Menteri Pertahanan menjawab kerajaan tidak bersetuju dan tidak pernah membenarkan China atau mana-mana negara asing lain menggunakan Sabah atau mana-mana bahagian Malaysia sebagai pangkalan tentera.”

Leong berkata kewajaran mengajukan soalan kerana China mempunyai 40% kepentingan dalam pembinaan pelabuhan laut dalam di Kuantan dan kepentingan di pelabuhan seperti Melaka Gateway.

“China mungkin mempunyai motivasi yang kuat untuk menggunakan pelaburannya di Malaysia untuk kepentingan strategiknya.

“Inilah yang mereka lakukan di Pelabuhan Gwadar di Pakistan dan Djibouti di Afrika di mana China sedang membina pangkalan tentera laut di sana,” katanya, dan meminta kerajaan berhati-hati dengan niat China di Malaysia.

“Walaupun rakyat Malaysia mengalu-alukan inisiatif ‘One Belt One Road’ (OBOR) China, kerajaan harus waspada terhadap aspirasi ketenteraan China dan potensi menggunakan inisiatif OBOR sebagai penguil untuk penguasaan strategik.”

Tiada ulasan: