HALAMAN SANTAI

Khamis, 10 Ogos 2017

Program 'Jom Bina Semula Negara' Invoke jelajah Kedah esok

MALAYSIA DATELINE

Program Jelajah Invoke di Kedah


Program jelajah 'Jom Bina Semula Negara' anjuran Invoke akan menemui rakyat Kedah esok.

Pengasas Invoke Rafizi Ramli yang juga Naib Presiden PKR akan bersama para pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri di pentas ceramah di Kuala Kedah yang bermula pada jam 9 malam.

"Saya bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan akan berada di Kuala Kedah sempena kempen Jom Bina Semula Negara pada hari Jumaat, 11hb Ogos 2017.

"Saya jemput semua warga Kuala Kedah untuk bersama memeriahkan program ini," kata Rafizi di laman web rasmi Invoke.

Program ceramah itu akan berlangsung di No. 52A, Pusat Perniagaan Kota Jaya, Kota Sarang Semut, Alor Setar.

Di samping Rafizi turut dijadual berceramah ialah Pengerusi PKR negeri Dr Azman Ismail, Pengerusi Amanah negeri Datuk Dr Ismail Salleh dan wakil DAP Kedah Tan Kok Yean.

Penceramah lain ialah Asmirul Anuar Aris dan Zuraini Kamal.

Pada jam 4 petang hari yang sama, Invoke akan menemui penduduk Alor Setar di Dataran Keadilan KPU, Jalan Sultanah Sambungan.

Antara tokoh politik yang dijadual hadir ialah ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah.

Tiada ulasan: