HALAMAN SANTAI

Rabu, 9 Ogos 2017

Putrajaya putuskan RCI tak perlu untuk siasat Felda

 
Masih belum ada keperluan untuk berbuat demikian, kata timbalan menteri Rozali Ibrahim.
 
 
razali-ibrahim


KUALA LUMPUR: Putrajaya tidak berhasrat menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat isu Felda dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Rozali Ibrahim.

“Belum ada keperluan berbuat demikian buat masa ini dan tindakan perlu sudah diambil bagi menangani isu-isu berbangkit,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Rozali menjawab soalan Ahli Parlimen Gelang Patah (DAP) Lim Kit Siang yang bertanya bila RCI akan ditubuhkan bagi menyiasat kerugian puluhan bilion ringgit di FGV.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh Felda Investment Corporation (FIC), selepas dipercayai membayar harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.


Tiada ulasan: