HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Ogos 2017

SC tegur syarikat berpangkalan di China kerana kemuka maklumat palsu

Bernama

SC berkata, moratorium tetap itu merupakan yang pertama dikenakannya ke atas mereka yang melanggar undang-undang sekuriti di Malaysia

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menegur Telent Outdoor (Hong Kong) Technology Co Ltd, syarikat peralatan sukan berpangkalan di China dan mengenakan moratorium tetap ke atas dua daripada pengarahnya kerana mengemukakan maklumat palsu.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, SC berkata, moratorium tetap itu merupakan yang pertama dikenakannya keatas mereka yang melanggar undang-undang sekuriti di Malaysia.

Mereka ialah Pengarah Eksekutif syarikat tersebut, Hui Tang Tat dan bapanya yang juga Pengarah Urusan, Hui Chi Keung. Kedua-duanya adalah rakyat Hong Kong dan penaja dan pemegang saham penting Telent Outdoor.

“Moratorium tetap itu akan menghalang kedua-dua mereka daripada menjadi penaja dan terlibat dalam sebarang penyerahan cadangan korporat kepada SC, di mana mereka akan muncul sebagai pemegang saham utama syarikat tersenarai di Malaysia,” kata SC.

Katanya, tindakan itu diambil berikutan Telent Outdoordan dua penajanya telah mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan dalam permohonan kepada suruhanjaya berkenaan untuk penyenaraian syarikat tersebut di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 2014.

“SC memuji tindakan pengarah bebas Telent Outdoor kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan tegas.

“Pengarah bebas terbabit memberikan pengawasan bebas terhadap siasatan yang dijalankan penasihat dan juga bekerjasama sepenuhnya dengan SC,” katanya.

SC berkata, tindakan proaktif mereka sejajar dengan apa yang diharapkan daripada pengarah bebas



Tiada ulasan: