HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 Ogos 2017

SPR nafi PRU14 Oktober ini

MALAYSIAKINI

Suruhanjaya Pilihan Raya menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial kononnya pilihan raya umum ke-14 akan diadakan pada Oktober ini.

Katanya, posting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam itu bertujuan mengelirukan masyarakat.

Dalam satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu berkata menambah bahawa ia sedang mempertimbangkan untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar berhubung perkara itu.

“Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR.

“SPR juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi SPR.

“Pengurusan Tertinggi SPR sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka,” katanya.

Video 40 saat itu beredar di edia sosial, yang membawa kepada spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada Oktober ini.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai tempoh sehingga pertengahan tahun depan, sebelum membuat keputusan untuk membubarkan Dewan Rakyat.

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: