HALAMAN SANTAI

Jumaat, 11 Ogos 2017

Wak Doyok berhabis RM15,000 beli baju untuk filem Abang Long Fadil 2

Astro Gempak
Wak Doyok berhabis RM15,000 beli baju untuk filem Abang Long Fadil 2
Pertaruhan sulungnya untuk watak diri sendiri, Wak Doyok, dalam filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) yang bakal ditayangkan pada 24 Ogos nanti harus diakui sangat memberangsangkan.

BAGI yang tidak tahu, instafamous Wak Doyok kini bukan hanya popular dalam bidang fesyen malah sudah mula berlakon filem.

Pertaruhan sulungnya untuk watak diri sendiri, Wak Doyok, dalam filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) yang bakal ditayangkan pada 24 Ogos nanti harus diakui sangat memberangsangkan.

Mana tidaknya, Wak Doyok yang serasi dengan imej berjambang dan bermisai lentik itu masih mengekalkan penampilannya dalam keseluruhan filem itu ala-ala karakter dalam filem Hollywood, Kingsman.

Katanya, lebih RM15,000 dibelanjakannya untuk memastikan penampilan dan baju-baju yang dipakai sepanjang penggambaran menepati imej dan citarasanya.

"Sepasang sut harganya lebih kurang RM1,800 hingga RM3,500 dan dalam filem ini saya menggayakan sebanyak 12 pasang.
"Kemeja pula tidak terkira banyak sebab sering bertukar-tukar.

"Tiga daripada koleksi sut itu sudah terkoyak ketika aksi pertarungan dan tidak boleh dipakai langsung.

"Daripada segi kajian fabrik, saya menggunakan material yang boleh regang terutama untuk seluar yang dipakai oleh pelakon dan stuntman," katanya yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Abang Long Fadil 2 di Pavilion, Kuala Lumpur malam tadi.


Tambah Wak, pengarah filem itu, Syafiq Yusof juga meminta bantuannya untuk menjaga pakaian yang digayakan oleh pelakon lain.

"Saya menjaga pakaian yang dipakai oleh Zizan Razak, A Galak dan beberapa pelakon lain.

"Oleh kerana pengarah mahukan filem ini nampak antarabangsa dan kemas seperti filem Kingsman, jadi saya dipertanggungjawabkan dari mula hingga tamat penggambaran selama 65 hari," ujarnya.


Filem Abang Long Fadil 2 mengisahkan lanjutan perjalan hidup Fadil yang mulai insaf dan tidak mahu terjebak dalam dunia gengster.

Bagaimanapun, Fadil secara tidak sengaja terjerumus dalam dunia mafia yang didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok.

Jangan lepaskan peluang menonton filem Abang Long Fadil 2 di pawagam seluruh negara bermula 24 Ogos ini.

Tiada ulasan: