HALAMAN SANTAI

Jumaat, 20 Oktober 2017

Sabotaj Penyokong PKR Punca Himpun Hambar – PPBM

Suara Kebenaran



Wakil PPBM Selangor, Samat Sharif hari ini menuding jari kepada penyokong PKR sebagai punca himpun Selamat Malaysia Tolak Kleptokrasi hambar dan gagal mencapai matlamat yang ditetapkan dari segi kedatangan peserta.

Kata Samat, PKR jelas tidak bersungguh untuk menjayakan himpun tersebut dilihat dari kurangnya penyokong mereka yang hadir.  Malah, bendera parti tersebut juga tidak banyak dilihat dalam himpunan tersebut, seterusnya tidak menarik minat penyokong mereka untuk datang.

Lokasi himpun yang terletak dalam parlimen Petaling Jaya Utara yang diwakili PKR, sepatutnya tidak ada masalah untuk mengumpul ratusan ribu penyokong seperti yang disasarkan pada awalnya. 

Kalau tak ratusan ribu yang datang pun, sekurang-kurangnya padang Timur penuh, tapi itu tidak berlaku.

Keadaan ini telah mencemarkan imej Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohammad yang pertama kali menganjurkan himpun besar seperti ini.  Seterusnya menimbulkan persoalan adakah dendam lama PKR terhadap Tun masih ada sehingga sehingga menyumbang kepada keadaan seperti itu.

Bukan rahsa masih ada pihak dalam PKR yang tidak berpuas hati atas tindakan Tun memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu.

Samat bagaimanapun meminta semua pihak menunggu post mortem yang bakal dijalankan penganjur untuk mencari punca sebenar kenapa himpun ini gagal menarik orang ramai.  Banyak yang sudah dilakukan dari segi promosi dan sebagainya tapi masih gagal menarik ratusan ribu rakyat seperti yang dijangkakan.

Padahal sewaktu promosi diadakan, puluhan ribu rakyat datang mendengar tapi bila himpun yang sebenar diadakan, 10,000 pun tidak sampai.

Tiada ulasan: