HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 Februari 2017

Video papar detik Jong Nam dibunuh tersebar



MALAYSIA GAZETTE

 LIHAT VIDEO DI SINI dan  DI SINI


KUALA LUMPUR – Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam, mula tersebar di media sosial.

Video Kim Jong-nam, di aras pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), disiarkan sebuah stesen televisyen asing, mulai tersebar malam tadi.


Video itu turut menyaksikan dua wanita yang ditahan iaitu wanita warga Vietnam dan Indonesia menghampiri mangsa sebelum menekap sesuatu ke muka Jong-nam sebelum kedua-duanya dirakam meninggalkan mangsa.

Jong-nam kemudian mendapatkan bantuan petugas di kaunter pertanyaan dan dua petugas polis bantuan klia2.

Beliau kemudian dibawa ke klinik untuk rawatan atau pemeriksaan.

Selepas itu, beliau dipercayai rebah sebelum diusung masukk ke dalam bilik rawatan.

INGATAN UNTUK ANNUAR MUSA, TUMPU SELESAI MASALAH DI MARA LEBIH DULU

shahbudindotcom

 

Saya mengikuti dengan dekat perkembangan MARA dan krisis kepimpinannya yang melibatkan Tan Sri Annuar Musa sehinggalah kepada perkembangan terkini berhubung pencalonan beliau untuk bertanding kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sementara saya tidak mahu campur di dalam urusan bolasepak di negara ini kerana ramai lagi yang lebih layak dan itu bukan bidang saya, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen untuk mengingatkan Tan Sri Annuar Musa bahawa penglibatan beliau sebagai calon Presiden FAM tidak boleh mengatasi tugas bergaji beliau sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi MARA.

Apatah lagi dalam keadaan kebajikan siswazah dan keluarga yang bergantung nasib kepada MARA untuk menyediakan peluang pendidikan menjadi semakin buruk sejak beliau menyandang jawatan Pengerusi MARA.

Saya pernah perjuangkan sebelum ini nasib siswazah yang menuntut di institusi pendidikan MARA (IPMa) yang berdepan dengan pelbagai kesempitan kewangan akibat dasar pembiayaan MARA yang berubah-ubah. Sepanjang beliau menjadi Pengerusi MARA, kedudukan MARA sebagai institusi pembiayaan (baik melalui biasiswa atau pinjaman) semakin merosot berdasarkan masalah pembiayaan yang semakin menjadi-jadi terutamanya di institusi pendidikan MARA (IPMa) seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), German Malaysia Institute (GMI) dan lain-lain.

Aduan dan rintihan yang paling kerap dibawa kepada saya ialah bersabit pembiayaan siswazah UniKL. Selain daripada beratus-ratus kes yang saya pernah suarakan tahun lepas, saya terus mendapat aduan termasuklah yang terbaru (saya bacakan satu email dari seorang ayah):

“ Anak saya belajar di UNIKL MFI Bangi.Sekarang sudah hampir masuk ke sem 2 masih lagi tidak mendapat borang agreement pinjaman pelajaran.Dokumen telah dihantar pd hujung sem satu.Persoalannya bilakah wang pinjaman akan di bayar.Saya terpaksa mengeluarkan rm700 setiap bulan untuk sarahidup anak saya.Saya sudah menyara anak selama 7 bulan.sedankan saya hanyalah seorang pesara.Harap yb dpt membantu. “

Aduan sebegini berlaku secara berterusan; sebab itu rakyat begitu marah apabila dokumen yang menunjukkan penajaan pasukan bolasepak di bawah kelolaan Tan Sri Annuar Musa menggunakan dana Universiti Kuala Lumpur mula menjadi tular. Nasib baik dokumen itu tidak datang dari saya dan datang dari YTM Tengku Mahkota Johor, jika tidak sudah tentu saya terpaksa bermalam di dalam lokap.

Maka pada hari ini saya ingin mengingatkan Tan Sri Annuar Musa bahawa walaupun beliau digantung perkhidmatan sebagai Pengerusi MARA, beliau masih lagi Pro-Canselor II UniKL. Beliau masih lagi bertanggungjawab menyelesaikan segala kemelut kewangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran pembiayaan sedangkan pelbagai janji telah diberikan sebelum ini.

Terbaru, saya dimaklumkan bahawa UniKL telah menaikkan sewa bulan bagi beberapa kampusnya iaitu UniKL MIIT (Kuala Lumpur), UniKL MICET (Alor Gajah) dan UniKL MITEC (Masai) menjadi RM150 sebulan. Semakan kepada yuran bulanan (mengikut sistem semester yang lama iaitu 5-2-5) menunjukkan sewa bulanan sebelum ini ialah di antara RM110 ke RM120 sebulan; iaitu peningkatan sehingga 25%.

Perkara ini berlaku dalam keadaan UniKL menaja pasukan bolasepak di bawah kelolaan Tan Sri Annuar Musa; seolah-olah pelajar terpaksa membayar lebih dan sebahagian wang yang dikutip dibelanjakan bagi tujuan politik pemimpin tertentu.

Saya menunggu maklumbalas dari Tan Sri Annuar Musa, MARA dan UniKL dengan desakan supaya kenaikan yuran ini dihentikan serta merta. Saya akan terus memberi tumpuan kepada soal pembiayaan pendidikan MARA dan prestasi MARA dalam beberapa minggu yang akan datang.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

BERSIH: MB Johor langgar peraturan JPN

MALAYSIAKINI

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kemungkinan besar telah melanggar peraturan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan menggunakan alamat pusat khidmatnya sebagai alamat MyKad miliknya, kata kumpulan pendesak reformasi pilihan raya, BERSIH.

Memetik Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), pemimpin BERSIH Maria Chin Abdullah berkata bahawa alamat di MyKad mestilah alamat tempat kediaman.

Mengikut Peraturan 15, pemegang MyKad yang tinggal di tempat baru untuk lebih 90 hari mesti membuat gantian penukaran alamat pada kad pengenalan mereka.

Khaled memberitahu Malaysiakini bahawa alamat di MyKad miliknya telah digantikan dengan alamat ibu pejabat Umno Bahagian Pasir Gudang di Taman Rinting, Masai tahun lalu.

Alamat baru ini kemudian digunakan untuk menukar butiran pengundinya. Walau bagaimanapun, isu pokok, seperti yang didedahkan oleh Pakatan Harapan Johor semalam, adalah bahawa Khaled berkongsi alamat sama dengan 13 pengundi lain.

Maria menegaskan bahawa Borang A, yang perlu diisi oleh mereka yang ingin menukar alamat mereka dalam senarai pengundi, di bawah Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, menetapkan bahawa alamat mestilah sama seperti alamat di MyKad.

Katanya, walaupun apa yang dilakukan oleh Khaled tidak salah, namun tujuan beliau berbuat demikian adalah "dipersoalkan".

Pyongyang luah rasa tidak yakin siasatan PDRM

Mohd Zaini Samsu Hadi
Kang Chol membaca kenyataan media berhubung pendirian Pyongyang mengenai kematian Kin Jong-Nam.

KUALA LUMPUR – Pyongyang hari ini meluahkan rasa tidak yakin ke atas siasatan yang dijalankan oleh pasukan polis Malaysia berhubung kematian Kim Jong-nam.

Menerusi sidang media yang diadakan di hadapan kedutaan Korea Utara di Damansara Height petang ini, Duta Korea Utara, Kang Chol membuat pendirian bercanggah berhubung penyiasatan pembunuhan kematian abang pemimpin Korea Utara itu.

“Sudah tujuh hari berlalu sejak kejadian itu, tetapi tidak ada bukti jelas mengenai punca kematian dan pada ketika ini, kami tidak boleh mempercayai siasatan oleh polis Malaysia walaupun, akan memperolehi laporannya.

“Ini hanya menimbulkan keraguan bahawa mungkin ada tangan lain di sebalik siasatan itu,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Kang Chol dipanggil Wisma Putra kerana komennya sebelum ini menuduh pihak berkuasa Malaysia berpakat dengan ‘anasir ganas’ berhubung siasatan kematian Jong-nam yang dipercayai diracun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 di Sepang, minggu lalu.

Duta itu turut mempersoalkan permintaan polis mendapatkan DNA bagi mengenal pasti jasad Jong-nam.
Jong-nam mati ketika diberi rawatan di klia2 pada pagi 13 Februari lalu ketika sedang menunggu penerbangan pulang ke Macau selepas berada di Malaysia sejak 6 Februari.

Pada awal siasatan, polis mengesahkan lelaki yang di kepalanya diserkup secara tiba-tiba dengan kain sebagai Kim Chol.

Dalam pada itu, Kang Chol turut mencadangkan agar siasatan bersama antara Korea Utara dengan Malaysia dilakukan segera.

Tegasnya, cadangan itu dibuat bagi mendapatkan penjelasan lebih baik tentang kes pembunuhan itu.

“Jika Malaysia bersetuju dengan cadangan kami, kami akan menghantar delegasi peguam untuk menyertai penyiasatan bersama-sama polis Malaysia,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Dogathon ubah tabu Melayu dengan anjing

MALAYSIA GAZETTE
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datin Paduka Dr Aini (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama untuk pertandingan Dogathon pada Majlis Dogathon 2017 di Bukit Expo Universiti Putra Malaysia, Serdang. foto ADIB AIMAN ROSLI, 
 
SERDANG – Bukit Ekspo di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini ‘ditawan’ oleh ratusan anjing.
Ada macam-macam jenis anjing peliharaan dapat dilihat dan pelbagai jenis baka – dari kecil molek sampai ke besar paras pinggang manusia.

Itu yang dapat dilihat dalam Dogathon 2017 anjuran Fakulti Perubatan Veterinar UPM bagi memberi kesedaran kepada penjaga binatang peliharaan mengenai penjagaan haiwan itu secara betul.

Salah Seorang peserta pertandingan "Dog n You" memberi arahan kepada anjing perliharaannya pada Majlis Dogathon 2017 di Bukit Expo Universiti Putra Malaysia, Serdang. foto ADIB AIMAN ROSLI, 19 FEBRUARI 2017.
Salah Seorang peserta pertandingan “Dog n You” memberi arahan kepada anjing perliharaannya 
pada Majlis Dogathon 2017 di Bukit Expo Universiti Putra Malaysia, Serdang. foto ADIB AIMAN ROSLI.
Ia juga platform menemukan antara peminat-peminat anjing dari seluruh negara berkongsi pengalaman dan tip penjagaan sesama sendiri.

Mereka juga berpeluang membawa anjing masing-masing mendapatkan rawatan kesihatan selain mendapatkan peralatan dan makanan di gerai yang disediakan.

Pertandingan larian anjing juga dianjurkan dan menarik perhatian pengunjung melihat keletah anjing-anjing yang menyertainya.
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datin Paduka Dr Aini (tengah) dan Miss Selangor, Joannan Joseph (berdiri dua kanan) bergambar bersama pemenang selepas penyampaian hadiah pertandingan Dogathon pada Majlis Dogathon 2017 di Bukit Expo Universiti Putra Malaysia, Serdang. foto ADIB AIMAN ROSLI, 19 FEBRUARI 2017.
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datin Paduka Dr Aini (tengah) dan 
Miss Selangor, Joannan Joseph (berdiri dua kanan) bergambar bersama pemenang selepas penyampaian hadiah pertandingan Dogathon pada Majlis Dogathon 2017 di Bukit Exp
Universiti Putra Malaysia, Serdang. foto ADIB AIMAN ROSLI,
Ia dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Datin Dr. Aini Ideris yang memuji penganjuran Dogathon yang sudah mencecah tahun ke-20 tahun ini.

Tinjauan mendapati, pelajar Melayu jurusan veterinar UPM juga tidak kekok memegang anjing semasa mengadakan pemeriksaan.
Dua orang pelajar vaterinar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi perkhidmatan pemeriksaan haiwan perliharaan secara percuma kepada pengunjung pada Majlis Dogathon 2017 di Bukit Expo Universiti Putra Malaysia, Serdang. foto ADIB AIMAN ROSLI, 19 FEBRUARI 2017
Dua orang pelajar vaterinar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi perkhidmatan pemeriksaan haiwan perliharaan secara percuma kepada pengunjung pada Majlis Dogatho
2017 di Bukit Expo Universiti Putra Malaysia, Serdang. foto ADIB AIMAN ROSLI,
Selain itu, ada juga orang Melayu membawa keluarga hadir melihat aksi haiwan peliharaan itu hari ini.
Bagaimanapun mereka tahu batasan dengan tidak melakukan aksi keterlaluan seperti memeluk, mencium anjing dan insiden seperti dalam program I Want To Touch A Dog yang menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Program I Want Touch A Dog sebelum itu menimbulkan kontroversi sehingga menjadi diskusi para ilmuan Islam pada tahun 2014.

Apa pun, walaupun dalam Islam memberi sedikit halangan ‘bergaul’ dengan anjing tetapi bukan menghalang umatnya menghargai haiwan berkenaan yang juga seperti kucing – ada tarikan dan keistimewaannya tersendiri.-MalaysiaGazette


BERSIH lancar kempen pendaftaran pengundi

 

Gerakan reformasi pilihan raya BERSIH hari ini melancarkan kempen mendaftar pengundi yang akan berlangsung sepanjang bulan Mac 2017 bagi menggalakkan lebih ramai orang layak untuk mendaftar sebagai pengundi.

"Buat masa ini, pendaftaran pengundi baru masih kurang. Seramai 4.4 juta warganegara yang layak belum mendaftar sebagai pengundi.

"Setiap suku tahun, 170,000 hingga 180,000 pengundi baru yang layak belum berdaftar.

"Sebab itu kita rasa kempen ini boleh membantu kita mendaftarkan seberapa ramai orang yang layak sebagai pengundi.
Ini penting bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini .

Dengan mengandaikan pilihan raya umum ke-14 diadakan pada suku ketiga atau keempat tahun ini, 31 Mac akan menjadi hari terakhir pemilih yang layak untuk berdaftar supaya sempat mengundi pada pilihan raya akan datang, kata Maria.

Atas sebab itu, katanya BERSIH akan berkempen secara intensif supaya rakyat mendaftar sebagai pengundi pada bulan Mac.

Dikenali sebagai “Kempen U” ia akan bermula di Kuantan, Pahang dan Inanam, Kota Kinabalu, di Sabah, pada 4 Mac, katanya.

Kempen anjuran BERSIH itu kemudiannya akan diteruskan ke Johor Baru dan Alor Star pada 5 Mac, dan seterusnya ke Pulau Pinang, Kuching dan Klang pada 11 Mac.

Kempen itu akan berakhir di Petaling Jaya pada 25 Mac, katanya.

‘Bagaimana rakaman CCTV Jong-nam bocor?’


Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub mahu kerajaan menjelaskan bagaimana rakaman CCTV yang memaparkan pembunuhan abang tiri presiden Korea Utara, Kim Jong-nam boleh terlepas ke tangan media antarabangsa.

Katanya, sama ada video tu secara fizikal atau melalui apa sekalipun boleh bolos kepada tangan pihak asing adalah sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku di negara ini.

“Peristiwa malang ini akan mengakibatkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap keselamatan kita akan menjadi semakin menurun.

“Ia juga melibatkan integriti negara kita di mata dunia,” katanya merujuk rakaman CCTV yang kemudiannya ditayangkan di negara-negara lain seperti Jepun dan Singapura.

Salahuddin pada sidang media di ibu pejabat AMANAH di Kuala Lumpur hari ini akan terus mencalarkan imej negara yang semakin buruk.

“Paling saya bimbang ada pihak-pihak nanti akan mengambil kesempatan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pembunuhan politik.

“Ini yang sangat kita bimbang,” kata pemimpin Amanah sambil menambah beliau tidak menolak kemungkinan amalan salah guna kuasa atau rasuah menjadi sebab mengapa rakaman CCTV itu bocor.

“Saya sangat bimbang budaya rasuah semakin berleluasa dalam negara kita. Saya rasa orang tak takut, pegawai tempatan, atau pihak lain yang memang sentiasa mencari peluang, sama ada melakukan jenayah, salahguna kuasa, mereka tak takut.

“Asalkan ada imbuhan, wang, yang munasabah, mereka boleh dapatkan apa sahaja dari negara kita.

“Itu yang saya paling bimbang bahawa amalan ni telah menjadi suatu yang mengancam keselamatan negara. Rasuah telah menjadi musuh negara,” katanya.

Salahuddin sehubungan itu berkata beliau berharap pihak bertanggungjawab, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tampil dan mengadakan satu sidang akhbar pada kadar segera.

Tindakan itu, katanya bagi memberi penjelasan (dan) yanng paling penting mesti mendakwa pegawai atau sesiapa sahaja yang terlibat membocorkan maklumat penting ini kepada media asing.

“Bagi saya ia bukan satu isu kecil. Bukan satu perkara yang boleh diremehkan atau dipandang ringan.

“Ini merupakan satu isu melibatkan integriti, maruah, keselamatan negara. Bagi saya adalah terlalu malang sekiranya negara kita terus dicemuh dengan tragedi atau insiden seperti ini,” katanya.

Shila: Elak jika mudarat, sokong kalau manfaat

Al-Abror Mohd Yusuf




Pedulilah apa yang dipolemikkan orang ramai, bagi Shila Amzah, dia tetap dengan pendiriannya bahawa apa saja yang membawa kebaikan, ia wajar diberi peluang.

Shila penyanyi Melayu yang bertapak di China sebelum isu "China" menjadi agak sensitif dalam politik di Malaysia. Ia sekadar menambah kebimbangan terhadap kecurigaan antara kaum di sini.
Namun Shila ada pandangan tersendiri.

"Sesiapa saja yang boleh bawa kebaikan, faedah dan manfaat kepada rakyat dan negara, kita patut sokong," katanya kepada Seni dan Hiburan Malaysiakini.

Shila berkunjung ke pejabat portal ini di Petaling Jaya baru-baru ini.

Penyanyi yang mempunyai ramai peminat di kalangan orang Cina di seluruh dunia itu memberitahu dia juga berpendapat semua orang ada pilihan.

"Kalau kita berdepan dengan dua mudarat, kita pilihlah mudarat yang lebih kecil," katanya.

Shila memang agak berhati-hati menjawab soalan yang diajukan kepadanya. Biasalah, sebagai artis biasanya mereka jarang mengulas mengenai politik atau perkembangan semasa di luar dunia hiburan.

Tapi itulah. Tempat yang dikunjunginya ialah Malaysiakini.

Usah saling menyalahkan

Dan Shila sebenarnya tidak menghampakan. Dia bersikap terbuka dan bersedia berkongsi pandangan secara dewasa.

Ditanya bagaimana pandagannya selepas bergiat aktif di China, Shila enggan keterlaluan. Merendah diri, Shila berkata, dia baru lima tahun di negara Tembok Besar itu.

"Lima tahun belum cukup untuk saya menceritakan realiti di China," katanya yang mula mencipta nama di peringkat antarabagsa melalui pertandingan Asian Wave d China pada 2012.

Tahun lalu pula dia menghasilkan album The Journey.

Daripada saling menyalahkan antara satu sama lain, kata Shila, 26, lebih baik semua pihak berusaha memperbaiki diri masing-masing.

"Jadilah orang yang lebih baik, perbaiki diri sendiri dan bersama-sama kita jadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik," katanya.

Sementara itu mengenai perancangan masa depannya, Shila berkata, dia mengidamkan membina kerjaya di Jepun dan Korea Selatan pula.

Katanya, biarlah artis lain jika mereka mahu memandang ke Barat.

Alasan Shila, muzik di negara impiannya - terutama Korea Selatan - mempunyai pengikut yang ramai di seluruh dunia.

Sama seperti strateginya menambat hati peminat China, muzik K-pop juga diyakini dapat melebarkan lagi 'empayar' Shila - bukan saja di Korea Selatan malah di negara lain secara tidak langsung.

Begitu pun Shila tetap tidak lupa untuk memperkenalkan Malaysia. Malah susuk dirinya sendiri ketika beraksi di atas pentas adalah mewakil negara.

"Bagi saya, sebelum kita nak orang suka kepada negara kita, elok kita buat sesuatu yang membolehkan mereka suka," katanya.

Yeo: Pembantu Rosmah dah hilang ingatan?

MALAYSIAKINI


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama Yeo Bee Yin hari ini membidas Datuk Rizal Mansor, pembantu isteri perdana menteri, dalam isu Program Permata Negara.

“Beliau nampaknya mempunyai ingatan terpilih tentang apa yang telah kami bincangkan tentang PERMATA,” kata Yeo.

Rizal semalam meminta Pakatan Harapan merujuk kepada Yeo bagi mendapat penjelasan mengenai program PERMATA yang dinaungi Rosmah Mansor kerana wakil DAP itu diberi penerangan berkaitannya.

Rizal mempertahankan program pendidikan awal kanak-kanak itu untuk membela nasib kanak-kanak di luar bandar setaraf dengan kemudahan ditawarkan badan swasta.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab tiga pemimpin kanan HARAPAN, iaitu Khalid Samad bagi pihak Parti Amanah Negara (AMANAH), Saifuddin Abdullah (PKR) dan Liew Chin Tong (DAP).

Pakatan Harapan semalam menuntut beberapa badan, termasuk PERMATA, dimansuhkan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Dalam kenyataannya, Yeo berkata, dalam lawatan beliau dan DAP ke PERMATA, mereka telah mencadangkan program itu diletakkan bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Yeo memberitahu, kenyataannya selari dengan pendapat rakan-rakannya dalam HARAPAN.

Selain itu, Yeo turut menuntut PERMATA mendedahkan akaun program mereka.

"Kita sebelum ini minta PERMATA mendedahkan akaunnya dan PERMATA meminta kami menulis kepada AG untuk melihat akaun tersebut.

"Tetapi pihak AG menjawab bahawa akaun yang telah diaudit telah dikembalikan kepada PERMATA dan mereka menyuruh kita meminta dari PERMATA.

"Kami kemudian menulis kepada PERMATA untuk melihat akaun program itu, tetapi mereka membalasnya pada 10 Januari lalu dengan mengatakan bahawa tiada keperluan bagi mereka untuk mendedahkan akaun tersebut," katanya.


Husam dakwa ada fatwa, bai'ah cerai talak tiga isteri terbatal

BORHAN AHMAD
 
 
Husam sedia debat dan tidak akan lari.Husam sedia debat dan tidak akan lari.

Datuk Husam Musa mendakwa, beliau mempunyai fatwa-fatwa yang jelas dari seluruh dunia bahawa bai'ah yang dibuat oleh Pas menjelang pilihan raya lalu yang boleh mencerai isteri ke talak tiga jika melompat parti terbatal.

"Saya akan siarkan fatwa yang pertama iaitu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis kerana ia telah disebut oleh YB Nasaruddin," kata Husam merujuk kepada Exco Agama kerajaan negeri Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud.

Sehubungan dengan itu, katanya, wakil-wakil rakyat Pas yang membaca bai'ah itu menjelang pilihan raya umum lalu boleh bila-bila masa keluar dari parti Pas dengan tidak terikat dengan bai'ah tersebut lagi.

Husam berkata demikian dalam satu kenyataan malam tadi selepas kekecohan berlaku dalam Ceramah Mega Pas di Kota Bharu.

Semua wakil rakyat Pas di Kelantan diminta berbai'ah (membuat aku janji atas nama agama) sebelum pilihan raya umum lalu bahawa mereka tidak akan melompat parti dan jika berbuat demikian isteri mereka tercerai dengan talak tiga.

Ekoran itu, tidak ada yang berani meninggalkan Pas walaupun parti itu berpecah kepada dua apabila tertubuhnya Amanah kecuali dua iaitu Dr Hatta Ramli (MP Kubang Kerian) yang masuk Amanah dan Datuk Kamarudin Jaffar (MP Tumpat) yang masuk PKR.

Husam sendiri telah dipecat dan menyertai Amanah kemudiannya.

Cabar mencabar berlaku antara Husam dengan Nasarudin mengenai bai'ah ini sehinggalah mereka bersetuju berdebat.

ceramah mega Pasceramah mega PasKemuncaknya malam tadi apabila Pas menganjurkan ceramah atas nama "Husam lari dari debat bai'ah".

Dewan Pemuda Pas Kelantan telah menganjurkan ceramah mega itu di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V Kota Bharu.

Atas jemputan timbalan ketua pemuda Pas Kelantan, Nor Azaliza Mohd Alawi yang dibuat melalui facebooknya, Husam hadir malam tadi.

Mulanya beliau berada bersama penonton bagi mendengar ceramah itu selepas dijemput, namun beliau naik ke pentas selepas di ajak oleh penceramah ketika itu, Wan Ismail Wan Jusoh.

Permohonan beliau untuk memberikan ucapan ditolak oleh Datuk Nasaruddin Daud.

Husam kemudiannya diminta meninggalkan majlis itu selepas kekecohan berlaku ekoran tindakan seorang penonton yang meminta Husam berdebat malam itu juga.

Selepas itulah, Husam membuat satu ucapan di sebuah kedai makan yang terletak di perkarangan Kota Darul Naim, pusat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

POHON MAAF

Husam naik ke pentas ceramah mega Pas selepas dijemput naik oleh penceramah, Wan Ismail Wan Jusoh.Husam naik ke pentas ceramah mega Pas selepas dijemput naik oleh penceramah, Wan Ismail Wan Jusoh.

Dalam ucapan itu juga, Husam menuntut agar Pas Kelantan membuat permohonan maaf kepada beliau kerana menggunakan nama beliau dalam ceramahnya malam tadi sehingga boleh membawa implikasi negatif..

"Saya cadang Pas Kelantan minta maaf dengan saya kerana guna nama saya. Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakub patut minta maaf kepada saya," kata Husam dalam satu kenyataan selepas peristiwa kekecohan malam tadi.

Menurut Husam juga, beliau telah menulis tiga pucuk surat kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas bagi memohon salinan minit mesyuarat majlis itu untuk menentukan apakah badan tetinggi dalam Pas itu meluluskan kalimat-kalimat dalam bai'ah Pas yang dibacakan oleh semua bakal calon Pas di Kelantan itu.

Menurut beliau, minit ini perlu untuk menyokong beliau dalam membuat persiapan debat beliau dengan Exco Agama Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nasruddin Daud mengenai Bai'ah.

Menurutnya, jika beliau diberikan peluang berucap malam tadi, beliau akan terangkan isu bai'ah ini dengan baik agar kesemua pihak memahaminya.

Sehingga kini, kata Husam, Majlis Fatwa Negeri Perlis telah mengeluarkan fatwa mereka mengenai bai'ah ini.
Menurut beliau, fatwa ini bukan dikeluarkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagaimana didakwa tetapi oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis.

Antara anggotanya adalah Datuk Dr Johari Mat, Naib Ketua Dewan Ulama Pas yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan dan juga Timbalan Pesuruhajaya II PAS Kelantan.

"Saya akan mengedarkan fatwa ini tidak lama lagi," kata Husam yang membayangkan fatwa ini menolak bahawa sesiapa yang melanggar bai'ah ini terus jatuh talak tiga kepada isterinya.

Husam juga mendakwa, beliau telah mendapat fatwa dari pelbagai pihak mengenai bai'ah ini termasuk Ikhwanul Muslimin Sudan, Majlis Fatwa negara Mesir dan lain-lain pihak lagi bagi membuat persiapan kepada debat antara beliau dengan Nasaruddin dan tidak bercadang untuk lari.

Dialog TN50: Ekstremisme dan perpaduan kaum antara dibahas

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
NILAI: Isu pendidikan, ekonomi, institusi agama, perpaduan kaum dan ekstremis agama merupakan isu utama yang mendominasi Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) antara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan golongan belia, malam tadi.
 
Sesi dialog itu dipengerusikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bermula 8.30 malam di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dengan timbalan perdana menteri menjawab soalan yang diutarakan peserta.
 
Antara topik paling menarik adalah mengenai ekstremis dan radikalisme agama dibangkitkan penyanyi dan pendakwah, Hafiz Hamidun yang melahirkan kebimbangan kecanggihan teknologi masa kini mampu menyumbang kepada keadaan itu akibat penyalahgunaannya.
 
Sementara Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan berkata perhimpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang berlangsung pada Sabtu lepas, dilihat mampu mewujudkan dua kumpulan - ekstremis dan liberalisme agama.
 
Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid berkata komunikasi tanpa lisan menguasai sistem komunikasi media sosial masa kini yang mewakili 87 peratus, manakala baki 13 peratus menerusi media konvensional.
 
"Perekrutan oleh ekstremis dilakukan oleh komunikasi tanpa lisan. Buat masa ini, daripada 157 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan ekstremis di Iraq dan Syria, 37 daripadanya telah gugur. Mereka cari jalan singkat ke syurga.
 
"Sebanyak 87.5 peratus kajian mendapati mereka yang menyertai kumpulan itu tiada asas pendidikan agama," katanya.
 
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kementeriannya berjaya memulihkan 87.5 peratus individu terlibat secara langsung dengan kumpulan ekstremis menerusi program deradikalisasi yang turut dikongsi bersama negara lain.
 
Mengenai komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan agama Islam di negara ini menjelang 2050, timbalan perdana menteri berkata pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan seperti maqasid syariah, wasatiyyah dan perbankan Islam.
 
"Komitmen kerajaan untuk melaksanakan Islam yang syumul bukan retorik," katanya.
 
Beliau berkata ini dibuktikan melalui pembiayaan 42,681 Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 72 Sekolah Menengah Agama dan 332 Sekolah Agama Negeri, oleh kerajaan persekutuan.
 
"Ini membuktikan komitmen kerajaan persekutuan untuk membantu pembangunan dan penterjemahan untuk mensyumulkan Islam," katanya, sambil melahirkan harapan agar 102,000 penghafaz al-Quran di negara ini dalam bidang profesional pada 2050 berbanding 1,513 orang ketika ini.
 
Kepada soalan penulis novel Ain Maisarah yang berharap golongan belia tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat, Ahmad Zahid berkata beliau yakin walaupun setiap universiti di negara ini mempunyai modul berbeza, mereka tetap komited mengangkat soal ketamadunan dan peradaban.
 
"Ia tidak boleh dihentikan. Kita harus berikan nafas untuk memberi kesinambungan merealisasikan ketamadunan. Malah kita nak 'memprofesionalkan ulama'," katanya.
 
Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad.
 
 

Kecaman hadiah Audi Q7, strategi alihkan perhatian RUU355

Shawaliah Hadir 
 
Serangan peribadi ini disifatkan Khairuddin sebagai bukti pihak yang bertanggungjawab memainkan isu telah kehabisan modal.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali menyifatkan kecaman yang dibuat terhadapnya yang menghadiahkan isterinya kereta mewah baru-baru ini sebagai salah satu cara untuk pihak tertentu mengalihkan perhatian terhadap usaha parti itu dalam mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) (RUU 355).

Jelas beliau, pihak yang bertanggungjawab memainkan isu in terbukti telah kehabisan modal sehingga sanggup menyerang dari sudut peribadi beliau.

“Kecaman peribadi adalah modal ahli politik yang kehabisan modal.

“Himpunan RUU 355 membuahkan kejayaan besar sokongan umat Islam terhadap agenda bersama.

Kejayaan ini menjadi fokus kami sekarang. Ada pihak cuba mengalihkan isu,” katanya kepada Berita Daily.

Selepas kejayaan besar PAS menganjurkan Himpunan 355 di Padang Merbok padaSabtu lalu, tular di media sosial pemimpin ulama parti itu menghadiahkan kereta mewah Audi Q7 kepada isternya.

Berdasarkan status yang dimuat naik oleh Norhayati Abd Malek itu, suaminya Khairuddin telah memberinya kereta sebut untuk beliau bersiar-siar ke rumah rakan-rakannya di sekitar Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Mohamed Yusoff kemudiannya mempertahankan pemberian hadiah mewah tersebut dan menyifatkan ianya bukan suatu masalah kerana dari sumber yang halal.

Sementara itu menurut Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, menghadiahkan apa juga jenis barangan kepada sesiapa itu merupakan kemampuan individu yang tidak sepatutnya dipertikaikan.

“Nak memiliki apa dan nak hadiahkan apa itu hak peribadi masing-masing sebagai manusia dalam ruang lingkup kemampuan kewangan masing-masing,” ujar beliau lagi.

Tohmahan Duta Korea penghinaan besar terhadap Malaysia - Anifah

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sebarang tohmahan bahawa Malaysia bersekongkol dengan mana-mana negara asing berhubung kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, Isnin lepas merupakan penghinaan yang amat besar terhadap Malaysia.
 
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata demikian dalam kenyataan sebagai jawapan balas  kepada Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang mengedarkan kenyataan akhbar mengandungi beberapa tuduhan terhadap siasatan kematian Kim Jong-nam.
 
"Tuduhan tersebut bersandarkan khayalan dan pembohongan telah menjadi asas kepada kesimpulan duta tersebut bahawa 'penyiasatan tersebut didalangi oleh pihak yang berada di sebalik tabir' dan 'penyiasatan yang dikendalikan bukan bertujuan untuk mendapat tahu punca kematian dan untuk mencari suspek, tetapi bermotifkan politik'.
 
"Apabila Duta Besar Korea Utara dipanggil oleh Kementerian Luar, Timbalan Ketua Setiausaha bagi Hal Ehwal Dua Hala telah menekankan bahawa penyiasatan tersebut telah dijalankan tanpa memihak kepada sesiapa serta dijalankan mengikut undang-undang negara ini," katanya.
 
Beliau berkata, siasatan polis adalah berdasarkan kesemua petunjuk yang ada dan akan disiasat sepenuhnya. 
 
Menurut Anifah, pihak kedutaan Korea Utara hendaklah memberi kerjasama penuh kepada kerajaan Malaysia bagi memastikan siasatan dijalankan dengan rapi dan bukan menimbulkan syak wasangka terhadap siasatan tersebut.
 
Isnin lepas, Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.
 
Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
 
 

Saya boleh bekerja dengan sesiapa sahaja', kata Annuar Musa .

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak pernah menetapkan syarat bahawa hanya boleh melakukan tugas dengan individu tertentu sahaja sekiranya dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baru bagi penggal 2017-2021.
 
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) itu berkata beliau boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak dan tidak terikat dengan individu tertentu dalam melaksanakan tugas.
 
“Saya di tanya siapa gandingan saya dan sama ada saya boleh bekerja dengan si polan si polan. Suka saya tegaskan salah satu misi saya ialah membawa keharmonian, kerja sepasukan dan menghormati peranan semua exco yang dipilih.
 
“Justeru saya tidak terikat dengan sesiapa dan boleh bekerja dengan sesiapa sahaja. Perwakilan bebas memilih siapa saja. Adalah buruk bagi FAM kalau kita mula berpuak-puak, bergaduh sesama ahli gabungan, bergaduh dengan kementerian dan sebagainya.
 
“FAM perlu tenang dan kekalkan sifat saling hormat-menghormati,” kata Annuar yang dipetik daripada laman sosial, Facebook di sini hari ini.
 
Calon Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi sebelum ini memberitahu perwakilan yang bakal mengundi dalam pemilihan 25 Mac ini agar tidak memilih dirinya jika mereka menolak calon presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
 
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) itu menjelaskan, beliau lebih selesa bekerjasama dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) berbanding pencabarnya, Annuar.
 
Yusoff bagaimanapun mengakui, belum memikirkan apakah tindakan bakal diambil andai ditakdirkan beliau dan Annuar memenangi pertandingan tersebut kerana tidak pernah bekerjasama dengan Penasihat Kafa itu.
 
Selain Yusoff, dua lagi calon yang Timbalan Presiden FAM adalah penyandang jawatan, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal.
 
 

Isnin, 20 Februari 2017

300K mengangkat suara ummah

NASRUDIN HASSAN 



Segala puji bagi Allah SWT atas hidayah dan taufiq-Nya. Ummah bersatu dari pelbagai latar belakang parti politik, NGO, individu di atas satu urusan yang disepakati iaitu Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera.

Ia menjadi sejarah yang dilakar dengan segala pengorbanan dari semua pihak yang mahu melihat Islam tegak di bumi tercinta ini.

Himpunan yang berjaya mengumpulkan kira-kira 300,000 warga yang cintakan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara menjadi isyarat yang sangat jelas bahawa:

i - telah sampai masanya Islam dikembalikan ke tampuknya yang tinggi mengatasi ideologi yang dicipta oleh manusia untuk memulihkan kesejahteraan rakyat.

ii - rakyat mahu Islam diberi peluang pelaksanaannya melalui pemerkasaan syariah untuk memulihkan keamanan negara.

iii - tiada siapa lagi yang boleh mempersenda dan memperlekehkan Islam. Justeru Islam adalah agama yang membawa keadilan sejagat dan kesejahteraan ummah. Menyaksikan ikrar para pejuangnya bersatu di atas kalimah yang sama.

Saya mewakili Jawatankuasa Penganjur H355 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan Himpunan 355 sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ia menjadi satu detik sejarah bernila tinggi bagi menyaksikan kebangkitan ummat Islam dari pelbagai latar belakang.

Terima kasih kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kebenaran dan kerjasama yang diberikan kepada H355.

Himpunan 355 turut diperhebatkan dengan pengorbanan anggota Jabatan AMAL Malaysia yang bertugas penuh dedikasi dan para SUKARELAWAN yang membantu.

Penghargaan jua kita kalungkan kepada semua para tetamu istemewa, YB Menteri,  Sohibus Samahah Datuk Mufti, pemimpin politik, para pemidato, NGO, para dermawan dan semua peserta H355 yang telah menjayakan himpunan bersejarah ini.

Agenda memartabat Islam dan syariatnya, agar ia benar-benar menjadi agama negara mestilah diteruskan momentumnya. Ia menjadi tanggungjawab kita bersama termasuk rakan-rakan non-Muslim justeru Islam menjanjikan keadilan dan rahmat untuk semua.

Syariat Diperkasa Rakyat Sejahtera

Nasrudin Hassan
Mantan Pengarah Himpunan 355


SEJAUH MANA AKTA 355 TIDAK BERMOTIF POLITIK?

shahbudindotcom


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara terbuka menyifatkan perhimpunan Akta 355 anjuran Pas di Padang Merbok semalam adalah bermotif politik.

"Dalam Islam, niat sangat penting. Jika niat untuk menang pilihanraya umum akan datang, itu salah.

"Jika berniat untuk menegakkan Islam, itu baik. Tetapi nampak seperti niat adalah politik, jadi ia salah," jelas Tun Mahathir lagi.

Sebenarnya tidak sukar memahami apa yang dimaksudkan  oleh Tun Mahathir itu. Sebarang usul atau pindaan berkaitan undang-undang adalah tugas kerajaan yang memerintah iaitu UMNO dan BN.




Dalam kes Akta 355, pindaan sepatutnya diusulkan oleh kerajaan kerana dengan kuasa yang ada dalam genggaman, tugas menaiktaraf peranan Mahkamah Syariah itu adalah tanggungjawab kerajaan.

Tetapi, kenapa Pas yang mengusulkannya?

Mengapa tidak UMNO sendiri yang membawa usul tersebut?

Apakah kita boleh percaya Pas membawa usul tersebut tanpa lampu hijau atau persetujuan daripada kerajaan?

Kali terakhir Akta 355 dipinda ialah pada 1984 dan ia tidak menimbulkan sebarang keributan kerana pada ketika itu wakil kerajaan sendiri yang membentangkannya.

Mari kita sama-sama selami apa yang tular di media sosial sebagaimana di bawah ini:-

Yang tadbir Putrajaya ialah UMNO/BN.

Yang bentang Akta 355 ialah Pas.

Yang bangkang dan bantah Akta 355 ialah MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen BN dari Sabah serta Sarawak.

Yang minta tangguh dua kali Akta 355 ialah Pas.

Tetapi, yang kena bakar adalah bendera DAP dan yang turut dipersalahkan ialah Amanah.

Dalam pada itu, baik sebelum mengadakan perhimpunan atau selepasnya, Pas berulangkali  terus memberitahu agar jangan dipolitikkan Akta 355.

Siapa sebenarnya yang main politik dan mempolitikkan Akta 355?

Kalau tidak bermotif politik, kenapa sampai dua kali ditangguh?

Pernahkah ada mana-mana undang-undang sebelum ini dibentang di padang awam terlebih dahulu sebelum dibawa ke Parlimen?

Akhirnya, yang menjadi penantian ramai seterusnya ialah apakah dalam sidang Parlimen Mac nanti, usul Akta 355 jadi dibentang, dibahas dan seterusnya diundi atau akan ditangguh sekali lagi?



Ahad, 19 Februari 2017

Himpunan Akta 355 bermotif politik, kata Dr M

 

Bertentangan dengan dakwaan pihak penganjur, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, himpunan Akta 355 semalam bermotifkan politik.

Mahathir berkata, sementara peserta himpunan mendoakan cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) diluluskan di Parlimen, niat sebenar penganjur masih menimbulkan persoalan.

"Dalam Islam, niat sangat penting. Jika niat untuk menang pilihan raya umum ke-14, itu salah.

"Jika berniat untuk menegakkan Islam, itu baik. Tetapi nampak seperti niat adalah politik, jadi ia salah," jelas Mahathir kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri majlis Tahun Baru Cina anjuran PKR Bandar Tun Razak di Flat Seri Johor di Cheras.

Himpunan pimpinan PAS di Padang Merbok semalam dianjurkan untuk mendapatkan sokongan ke atas usul Rang Undang-Undang Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan Mac akan datang.

Para pengkritik menyifatkan perhimpunan itu sebagai platform untuk menyatukan PAS dan pemimpin Umno menjelang pilihan raya umum ke-14 ekoran sokongan beberapa pemimpin dari parti pemerintah.

Para pemimpin kanan PAS menegaskan pihaknya tidak akan meneruskan kerjasama politik dengan Umno tetapi masih terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menyokong agenda untuk menegakkan Islam itu.

Pelajar dakwa dipukul guru sebenarnya hanya diluku

Bernama


Pelajar tingkatan empat yang mendakwa dicekik dan ditumbuk seorang guru displin baru-baru ini mengakui dia tidak diperlakukan sedemikian, sebaliknya hanya diluku pada bahagian dahi kerana memberontak.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Mohd Najib Abu Bakar, berkata melalui mesyuarat khas antara kesemua pihak pada Isnin lalu, pelajar itu mengakui bahawa dia sendiri tidak berpakaian kemas ketika datang ke sekolah.

"Dalam mesyuarat, pelajar itu mengakui diluku (ketuk) pada bahagian dahi kerana memberontak apabila ditegur kerana tidak memasukkan bajunya ke dalam seluar tetapi tidak pula ditumbuk dan ditendang seperti laporan sebelum ini," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Pada kejadian 7.45 pagi 8 Feb lalu, pelajar itu mendakwa dicekak, ditumbuk di belakang kepala, dan ditendang seorang guru disiplin di hadapan pintu pagar sekolah kerana dikatakan tidak berpakaian kemas.

Bapa pelajar itu membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan tindakan guru disiplin itu yang dikatakan telah mencederakan anaknya.

Mohd Najib bagaimanapun kesal kerana mesyuarat yang diadakan itu masih gagal mencapai jalan penyelesaian disebabkan bapa pelajar itu yang berusia 38 tahun masih mahu mengambil tindakan undang-undang.

"Saya syorkan bapa mangsa agar tidak meneruskan tindakan tersebut kerana ia akan berlarutan dan seterusnya memberi kesan kepada pelajar berkenaan untuk proses mahkamah dan sebagainya," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera.- Bernama


Jangan hanya bebankan guru kawal aktiviti remaja - SAMM

MALAYSIA DATELINE
 
 
Hadzril Ridzal HusinHadzril Ridzal Husin

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Johor memuji tindakan Jabatan Pendidikan Johor yang mahu pihak sekolah menyediakan khidmat kaunseling kepada remaja-remaja yang terbabit dengan aktiviti berbasikal pada waktu malam dan menyiasat penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti luar.

Namun, jabatan tidak sepatutnya hanya membebankan guru-guru semata-mata sebaliknya peranan ibu bapa dan masyarakat juga sangat penting dalam membendung gejala sebegini terutamanya jika insiden atau perlakuan tersebut berlaku di luar waktu persekolahan.

"Kecuaian ibu bapa dalam mengawasi anak-anak membolehkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

"Kerajaan juga perlu melihat akta kanak-kanak agar ibu bapa menyedari tanggungjawab mereka untuk bukan sahaja memberikan perlindungan bahkan untuk memantau dan mengawasi aktiviti harian kanak-kanak," kata penyelaras SAMM Johor, Hadzril Ridzal Husin.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit, SAMM Johor turut menyeru remaja-remaja berbasikal dan ibu bapa menjadikan kemalangan tragis ini sebagai satu iktibar dan pengajaran dan memberikan perhatian terhadap aktiviti anak-anak pada waktu malam.

Selain itu katanya, kerajaan juga perlu melihat kepada kegagalan menguruskan ekonomi negara kerana keadaan ekonomi negara yang suram ini dengan bebanan kos sara hidup yang melambung tinggi terutama di bandar-bandar besar telah menyebabkan ibu bapa terpaksa mencari kerja tambahan.

"Akibatnya, anak-anak kurang diberikan perhatian dan pemantauan sehingga menjadikan mereka terdedah kepada risiko terjebak dalam aktiviti yang tidak berfaedah semenjak dari awal usia remaja lagi.

"SAMM Johor menggesa semua pihak, daripada ibu bapa, masyarakat dan kerajaan untuk bersama-sama mengambil iktibar daripada tragedi menyayat hati ini," katanya lagi.

Dalam kejadian 3 pagi semalam, lapan remaja lelaki dilaporkan maut setelah dirempuh kereta yang dipandu seorang wanita mengakibatkan empat lagi patah kaki, dua orang tidak stabil berikutan pendarahan dalam otak dan seorang pula luka di kepala dan seorang lagi cedera di pinggul.

Kejadian berlaku ketika kumpulan remaja berkenaan sedang berbasikal menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru dan dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

Pas bukan lagi parti pembangkang?

| ARIF ATAN
 
 
Akhbar pro Umno BN hari ini tidak lagi menganggap Pas parti pembangkangAkhbar pro Umno BN hari ini tidak lagi menganggap Pas parti pembangkang

Akhbar Mingguan Malaysia hari ini menyenaraikan pecahan kerusi pembangkang di Dewan Rakyat dengan hanya meletakkan Pakatan Harapan dan Bersatu bersama wajah ketua parti masing-masing.

DAP mempunyai 37 kerusi, diikuti PKR (28), Amanah (6) dan satu kerusi lagi Bersatu. Tanpa memasukkan 15 kerusi dimiliki Pas, akhbar pro Umno-BN itu melalui ruangan Awang Selamat menganggap DAP lebih dominan termasuk dari segi bilangan kerusi di Dewan Rakyat.

Menurut Awang, Mahathir perlu tunduk mengikut rentak Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang kononnya merupakan pemimpin 'de facto' pembangkang dengan keputusan besar dan penting ditentukan parti berlambangkan roket itu.

Bercakap bagi pihak Pas, akhbar pro Umno-BN itu secara terbuka menyanjung tinggi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lantaran menolak pelawaan untuk bekerjasama dengan PPBM.

"Prinsipnya tetap sama. Pas tidak akan bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan PAN (Amanah). Awang tabik Hadi kerana konsisten menolak DAP dan tidak gentar dengan segala tekanan," katanya.

Sementara itu, Mingguan Malaysia turut memuatkan laporan penuh mengenai Himpunan Rang Undang-undang (RUU) 355 semalam termasuk reaksi peserta dan kronologi syor pindaan akta tersebut pada halaman tengah di muka surat 12 dan 13.

Berlatarkan warna ungu dan hijau, kandungan laporan bagi program bermula petang sehingga malam itu dilihat bernada positif tidak seperti yang lazim berlaku terhadap siri himpunan BERSIH.

Ini termasuklah lebih separuh di halaman 13 dipenuhi foto peserta himpunan antaranya sedang menunaikan solat, melaungkan takbir dan bergambar dengan penyanyi Datuk Jamal Abdillah.

Dilihat seolah-olah sudah mampu menggantikan lidah rasmi Pas, Harakah, artikel pengarang kanan Mingguan Malaysia bertajuk, "Pas: Antara perjuangan dan kerjasama" di ruangan Rencana Muka 6 menjadi bukti Pas pada masa ini bukan lagi parti pembangkang yang dimusuhi Umno-BN.

Penulisnya, Zulkiflee Bakar berpendapat Abdul Hadi membuat kenyataan tegas untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu yang dianggapnya mengamalkan politik makan keliling.

"... (Bersatu) berbaik dengan DAP dan pada masa sama mahu bekerjasama dengan Pas. Jika Pas terperangkap dengan taktik politik itu, yang rugi adalah Pas," tegasnya.

SPRM tahan bekas pemandu kastam

MALAYSIAKINI


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kluang menahan seorang lelaki semalam kerana menerima rasuah bernilai RM2,500 dengan menyamar sebagai pegawai kastam.

Lelaki berumur 52 tahun itu ditahan selepas menerima wang suapan daripada seorang lelaki di sebuah restoran makanan segera di Yong Peng, dekat Batu Pahat, kira-kira pukul 2.30 petang.

Difahamkan, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kastam dan meminta mangsa yang merupakan peniaga membayar wang berjumlah RM2,500 supaya tidak mengambil tindakan terhadap kedainya di Paloh, Kluang kerana menjual rokok dan arak tanpa cukai sah daripada kastam.

Lelaki tersebut yang merupakan bekas pemandu Jabatan Kastam Diraja Malaysia didapati sudah dibuang kerja, tahun lepas.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Beliau berkata pihaknya akan memohon perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kluang, esok, bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Kes berkenaan katanya disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.- Bernama


Himpunan RUU 355 didakwa salah guna jentera kerajaan negeri Kelantan

 ARIF ATAN
 
 
Ditemui di Jalan Tuanku Abdul Rahman semalam dipercayai mengangkut peserta himpunan usul HadiDitemui di Jalan Tuanku Abdul Rahman semalam dipercayai mengangkut peserta himpunan usul Hadi

Himpunan Sokong pindaan Rang Undang-undang 355 (H355) di ibu negara semalam dibimbangi menyalahgunakan jentera kerajaan negeri Kelantan. Tinjauan Malaysia Dateline di sekitar ibu negara mendapati sebuah bas Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan diparkir di bahu jalan tidak jauh dari pusat beli-belah Sogo.

Dipercayai mengangkut peserta himpunan bertemakan warna ungu itu, penemuan bas di Jalan Tuanku Abdul Rahman menimbulkan persoalan tentang kaitan kerajaan negeri Kelantan dengan program anjuran Pas terbabit.

Hal ini memandangkan pindaan Akta 355 bukan agenda kerajaan negeri Kelantan sebaliknya hanya agenda Pas terutama Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas.

Tindakan yang dilihat menyalahgunakan wang rakyat itu menyamai apa dilakukan Umno-BN selama ini dengan paling menonjol melalui Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Biro Tatanegara (BTN).

Selain itu, Malaysia Dateline juga menemui poster dikeluarkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan yang terpampang ungkapan "Kami Sokong RUU 355" berserta tulisan jawi bagi 'kami sokong'.

Diikuti #supportRUU355, poster itu bagaimanapun dijadikan alas duduk petang semalam oleh beberapa peserta yang ingin mengikuti siri ceramah tanpa henti dari pentas di tengah Padang Merbok itu.

Bukti kerajaan negeri Kelantan mengeluarkan dana yang bukan sedikit untuk himpunan usul HadiBukti kerajaan negeri Kelantan mengeluarkan dana yang bukan sedikit untuk himpunan usul Hadi

Sabtu, 18 Februari 2017

SEMUANYA SALAH LIM KIT SIANG?

shahbudindotcom

Semua isu-isu yang timbul sejak Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak melibatkan Lim Kit Siang. 

Apakah isu-isu tersebut? 

1. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong pengenalan GST yang membebankan rakyat jelata.
2. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong keputusan menghapuskan subsidi sehingga naik harga barang dan toll.

3. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

4. Lim Kit Siang tidak pernah bersetuju untuk menggunakan wang KWAP untuk melabur dalam perniagaan atau perusahaan yang tidak menguntungkan.

5. Lim Kit Siang tidak pernah dirundingi untuk menukar surat hak-milik tanah peneroka Felda yang sangat bernilai dan tidak turun harganya dengan sijil saham yang tidak menentu harganya dan kini harga sahamnya merudum turun kerana dilanda kerugian.

6. Lim Kit Siang tidak pernah menjadi perajurit dalam angkatan tentera dan tidak tahu menahu mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera; beliau tidak terlibat dalam keputusan menggunakan wang tabung LTAT untuk membiayai projek yang tidak menguntungkan. 

7. Lim Kit Siang tidak pernah pinjam duit Mara untuk berniaga atau sebagai biasiswa waktu beliau belajar; beliau juga tidak pernah merestui penyelewengan yang kini dikatakan berlaku dalam MARA.

8. Lim Kit Siang belum memeluk ugama Islam dan beliau tidak pun tahu mengenai salahguna wang Lembaga Urusan dan Tabung Haji untuk pelaburan yang merugikan. 

9. Lim Kit Siang, kerana belum memeluk ugama Islam, tidak pernah membayar zakat itulah sebabnya dia tidak tahu bahawa pejabat ugama mengadakan lawatan ke Paris sebagai salah satu acara dalam 'Kursus Pernikahan'.

10. Lim Kit Siang bukan seorang Melayu/Bumiputera dan dia tidak merasa penderitaan, dan bukan sebab kepada penderitaan, maka biasiswa anak-anak Melayu dikurangkan jumlahnya oleh kerajaan. 

11. Bukan Lim Kit Siang yang menamatkan khidmat Peguam Negara.

12. Bukan Lim Kit Siang yang menukar pegawai MACC kerana menyelidiki kes yang melibatkannya.

13. Bukan Lim Kit Siang yang mencadangkan dikenakan label OSA atas semua hasil penyelidikan atas sebarang salahlaku dalam apa jua syarikat, badan dan agensi kerajaan.

14. Bukan Lim Kit Siang yang menghalang Bank Negara Malaysia dari mengambil tindakan atas penyelewengan dalam institusi kewangan  dalam dan luar negara.

15. Bukan Lim Kit Siang yang mencadang untuk membeli kapal selam Scorpine; dan bukan dia yang suruh Sirul dan rakannya untuk membunuh Altantuya.

16. Bukan Lim Kit Siang yang suruh SPRM untuk menyelidik dan tangkap perasuah-perasuah kecil supaya perasuah yang lebih hebat kelihatan tidak rasuah.

17. Bukan Lim Kit Siang yang mengarah media perdana supaya setiap hari mengutuk Tun Dr. Mahathir walaupun beliaulah yang telah mengharumkan negara Malaysia di zaman pemerintahannya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

18. Lim Kit Siang tidak pernah terbabit dalam sebarang skandal seks.

19. Lim Kit Siang tidak pernah terlibat dalam sebarang skandal kewangan. 

20. Lim Kit Siang tidak menjadi pengeluar filem lucah di Hollywood dengan memakan belanja wang yang disalurkan dari syarikat milik negara.

21. Lim Kit Siang tidak pernah melabur wang negara yang dicurinya di Singapura, Hongkong, New Zealand, Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat dan namanya tidak pernah disebut sebagai penjenayah dalam mana jua mahkamah didunia. 

22. Lim Kit Siang tidak pernah merancang untuk membawa 1.5 juta rakyat dari Bangladesh sehingga rakyat Bangladesh melebihi jumlah rakyat keturunan India yang ada dalam negara sekarang ini.

23. Lim Kit Siang juga bukan perancang untuk membenarkan ratusan ribu Cina dari negara Komunis China untuk membeli harta milik tetap (freehold) dan tinggal di negara ini.

24. Lim Kit Siang juga tidak boleh disalahkan jika harta-harta yang sangat bernilai seperti Lapangan Terbang Sungai Besi dijual kepada syarikat dari negara Komunis China.

25. Lim Kit Siang tidak boleh disalahkan jika kos pembangunan satu-satu projek, seperti keretapi di Pantai Timur dinaikkan harganya sehingga Negara terhutang sejumlah yang sukar untuk dibayar dari hasil projek berkenaan.

26. Lim Kit Siang menyokong RUKUNEGARA dan tidak pernah menentangnya.

27. Lim Kit Siang menyokong dan tidak pernah menentang PERLEMBAGAAN. Justeru itu, Lim Kit Siang turut mendaulatkan RAJA-RAJA MELAYU, Lim Kit Siang menyokong BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN. Lim Kit Siang menyokong ISLAM MENJADI UGAMA PERSEKUTUAN. Lim Kit Siang menyokong HAK ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA, walaupun Lim Kit Siang tidak menegur apabila Hak Istimewa ini tidak dinikmati secara keseluruhan bangsa Melayu/Bumiputera.

28. Lim Kit Siang menyokong serampang dua mata DASAR EKONOMI BARU iaitu untuk MEMBASMI KEMISKINAN dan MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT, tetapi Lim Kit Siang menegur apabila terlalu ramai orang Melayu dan kaum-kaum lain yang masih ramai kekal miskin dan Lim Kit Siang juga menegur apabila peroses menyusun semula masyarakat tidak mencapai matlamat kerana cara pelaksanaannya. 

29. Lim Kit Siang tidak bertanggungjawab, malah tidak tahu menahu mengenai penubuhan 1MDB; tidak pernah menjadi penasihat atau ahli lembaga pengarah, pegawai atau pekerjaa di 1MDB. 

Oleh itu, patutkah Datuk Zaid Ibrahim untuk takut berkawan dengan DAP dan berjuang menentang rasuah dan ketidakadilan bersama mereka? 

Alangkah baiknya jika ramai pemimpin Melayu seperti LIM KIT SIANG.

Salahkah Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bergabung tenaga dengan Lim Kit Siang, dan mereka yang sejenis sikap dengannya,  untuk sama-sama menentang penyelewengan, rasuah dan pengkhianatan kepada negara?

Salahkah Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membetulkan kesilapannya kerana telah salah menanam budi dan memilih pengganti2nya yang beliau tidak sangka menjadikan negara dipandang hina seperti sekarang dan rakyat jelata menderita kerana beban hutang negara yang bertimbun dan tidak mungkin selesai dibayar oleh anak, cucu dan cicit kita semua.  

(Artikel diatas adalah sebahagian tulisan terbaru Tan Sri Sanusi Junid yang dipetik daripada blognya, sanusijunid.blogspot.com )