HALAMAN SANTAI

Isnin, 16 April 2018

PKR bertanding di 11 DUN, 2 Parlimen di Terengganu

 
Pengerusi PKR Terengganu berkata pengumuman akan dibuat pada 20 April bagi memperkenalkan calon PKR termasuk 2 calon wanita.


Gambar Facebook


KUALA TERENGGANU: PKR bakal bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 2 kerusi Parlimen negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei nanti.

Pengerusi PKR Negeri Azan Ismail yang juga penyandang Adun Bandar berkata pengumuman akan dibuat pada 20 April bagi memperkenalkan calon PKR termasuk 2 calon wanita.

“PKR akan bertanding di 11 kerusi DUN Terengganu termasuk saya yang akan mempertahankan kerusi DUN Bandar, (yang lain) Kota Putera, Permaisuri, Seberang Takir, Bukit Tunggal, Alor Limbat, Kuala Berang, Telemong, Rantau Abang, Chukai dan Air Putih manakala 2 kerusi Parlimen pula adalah Dungun dan Kemaman,” katanya ketika membentangkan manifesto PKR Terengganu hari ini.

Mengulas kelewatan pengumuman calon PKR, Azan berkata ia berlaku susulan langkah berhati-hati pucuk pimpinan parti yang membuat saringan ketat bagi memilih calon.

Katanya, PKR mahu calon yang bertanding kali ini bebas daripada sebarang perlakuan negatif yang boleh menimbulkan kesangsian pengundi terhadap kredibiliti calon itu sebagai wakil rakyat mereka.

“Kita tidak mahu lagi ada calon yang didapati menyokong fahaman komunis ataupun mengambil pil kuda.

“Calon yang bertanding juga adalah dari kalangan mereka yang berpengalaman dalam politik,” katanya.

Azan menafikan dakwaan kononnya terdapat bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti dan menyertai Pakatan Harapan untuk bertanding pada PRU14.

“Saya ada dengar desas-desus itu tetapi hingga kini tiada sebarang permohonan menyertai mana-mana parti dalam PH oleh individu yang didakwa,” katanya.

Mengenai pengumuman PKR mengemukakan 5 teras utama yang memberikan 10 tumpuan kepada keperluan rakyat Terengganu dengan bertemakan Demi Teganu, Harapan Cakne Rakyat.

“Lima dasar utama itu ialah memartabatkan agama dan pengukuhan nilai murni, kecekapan pengurusan petroleum dan sumber alam, keseimbangan ekonomi dan taraf hidup, warga sihat dan rumah untuk semua,“ katanya.

Tiada ulasan: